Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic 1

Samsung Galaxy Watch8 Series telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi bersama Galaxy Z Series dan kami telah diberikan peluang untuk mencuba jam tangan pintar ini lebih awal.

Samsung Galaxy Watch8 Series akan ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari serendah RM 1,299 sehingga RM 2,099 dan ini adalah pandang pertama kali tentang jam pintar flagship terbaru syarikat ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic 2

Tampil didalam 2 Model Premium

Samsung Galaxy Watch8 Series menampilkan dua model iaitu Galaxy Watch8 yang ditawarkan didalam dua model iaitu 40mm dan 44mm manakala Galaxy Watch8 Classic pula tampil didalam ukuran 46mm.

Menariknya, rekaan Galaxy Watch8 Series pada tahun ini adalah lebih nipis dan ringan yang bermaksud ianya lebih selesa untuk dipakai sepanjang hari termasuk ketika tidur.

Dalam pada itu, Galaxy Watch8 Classic juga menampilkan Rotating Crown dan Quick Button yang boleh dikategorikan sebagai versi mini Galaxy Watch Ultra.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic 3

Cipset 3nm Exynos W1000 & One UI 8 for Watch

Samsung Galaxy Watch8 Series dikuasakan cipset Exynos W1000 yang merupakan cipset 3nm yang dijangka akan mampu memberikan prestasi yang terbaik. Ianya juga hadir dengan 2GB RAM bersama storan dalaman sehingga 64GB.

Selain itu, Galaxy Watch8 Series juga hadir dengan One UI 8 Watch yang berasaskan Wear OS dan ini menjadikanya sebagai jam tangan pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan Google Gemini dari kotak.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic 4

Running Coach

Running Coach pada Galaxy Watch8 Series ini akan mengira tahap kecergasan anda dari 1 hingga 10 dan membangunkan pelan latihan lengkap dengan bimbingan masa nyata dan cerapan motivasi. Dengan ciri Together yang dikemas kini, yang kini menyokong larian, anda boleh menceriakan perjalanan kecergasan anda dengan mencabar rakan dan keluarga.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic 5

Antioxidant Index – Penuaan yang lebih sihat

Galaxy Watch8 Series juga memperkenalkan bacaan Antioksidan buat kali pertama pada jam tangan pintar, ia membolehkan anda mengukur tahap karotenoid dalam hanya lima saat dan membuat pilihan gaya hidup lebih baik untuk penuaan yang sihat.

Cara mengukur Antioxidant Indeks adalah seperti pada gambar (meletakkan ibu jari pada sensor BioAcrtive selama 5 saat).

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic 6

Bedtime Guidance & Vascular Load

Bedtime Guidance akan mengukur irama sirkadian anda untuk mencadangkan masa yang optimum untuk tidur supaya anda bangun dengan segar keesokan harinya.  Vaskular load pada Galaxy Watch8 Series pula membantu anda memantau tahap tekanan pada sistem vaskular anda semasa tidur. Memberikan pandangan tentang pelbagai faktor gaya hidup termasuk tidur, tekanan dan aktiviti, ia membantu anda menggunakan pendekatan yang lebih komprehensif untuk menguruskan kesihatan anda.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic 7

Dapatkan Samsung Galaxy Watch8 Series sekarang!

Samsung Galaxy Watch8 Series kini ditawarkan pada harga yang bermula antara RM 1,299 sehingga RM 1,699 bagi Galaxy Watch8 manakala Galaxy Watch8 Classic pula bermula pada harga dari RM 1,799 sehingga RM 2,099.

Pra-tempahan kini telah dibuka dengan jualan rasmi akan bermula pada 25 Julai ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.