Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI?

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 1

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 2

Produk HUAWEI ternyata popular dikalangan pengguna namun masih ramai yang was-was dengan kebolehgunaan aplikasi Google pada telefon pintar dan tablet keluaran syarikat ini.

Pada tahun 2025, tanggapan bahawa HUAWEI tidak menyokong aplikasi Google adalah tidak tepat kerana HUAWEI telah memperkenalkan penyelesaian baharu yang praktikal yang membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan Google kegemaran mereka seperti biasa.

Dengan reka bentuk yang anggun, prestasi kukuh, teknologi yang inovatif dan sistem pengimejan yang berkuasa, peranti HUAWEI seperti HUAWEI Mate X6, Pura 70 Series, nova 13 Series kekal kompetitif dalam pasaran telefon pintar hari ini. Bagi pengguna yang mementingkan estetika dan fungsi, peranti ini masih mendapat permintaan yang luar biasa.

Stor aplikasi yang menguasakan produk HUAWEI iaitu HUAWEI AppGallery merupakan pusat untuk anda mendapatkan kesemua aplikasi popular yang diperlukan pengguna dan ini termasuk aplikasi Google.

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 3

Memuat turun aplikasi Google daripada HUAWEI AppGallery adalah semudah ABC, anda hanya perlu mengikut langkah-langkah seperti dibawah :

  • Langkah 1: Buka AppGallery dan cari aplikasi yang anda perlukan
  • Langkah 2: Tekan “Get/Install”
  • Langkah 3: Tekan “Open” dan anda mula guna aplikasi.

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 4

Sejurus selepas anda tekan “Get” pada aplikasi Google kegemaran anda, HUAWEI AppGallery akan mengeluarkan satu notifikasi yang memaparkan bahawa MicroG perlu dimuat turun dan anda tidak perlu risau kerana ianya adalah sebuah ‘plug-in’ untuk memastikan Google Mobile Service berfungsi pada telefon pintar atau tablet HUAWEI anda.

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 5

Selepas muat turun GBox, anda perlu log masuk ke akaun Google anda yang mana ianya hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

HUAWEI AppGallery menawarkan pelbagai kategori aplikasi popular di Malaysia iaitu perbankan, media sosial dan banyak lagi. Antara aplikasi popular yang kini tersedia pada HUAWEI AppGallery adalah WhatsApp, RHB Mobile Banking, Android Auto, Gmail, YouTube, MAE by Maybank2U, Facebook, Google Maps dan Chrome.

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 6

Bagaimana jika aplikasi kegemaran anda tiada pada HUAWEI AppGallery? 

Memperkenalkan GBox, sebuah perkhidmatan GMS yang boleh dipercayai untuk anda mengakses, muat turun dan kemaskini aplikasi popular Google dengan mudah dan selamat. Penawaran GBox menjadikan pengalaman memua turun aplikasi Google adalah lebih mudah dan selamat, sama seperti apa yang ditawarkan pada Google Play Store.

Selain itu, HUAWEI juga memainkan peranan yang mendalam dalam memastikan pengguna rasa selamat mengenai segala maklumat dan privasi mereka ketika memuaturun aplikasi melalui Gbox ini. Untuk memastikan data dan privasi pengguna sentiasa dilindungi, pastikan anda sentiasa mengemaskini AppGallery dan GBox.

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 7

  • Langkah 1: Buka AppGallery dan tekan “Me”
  • Langkah 2: Pilih “App Updates ” dan ketik “Update”
  • Langkah 3: Nikmati versi terkini dengan prestasi yang lebih lancar!

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 8

Kemas kini daripada Gbox:

  1. Pergi ke ‘Gbox’
  2. Cari Ikon ‘Refresh’ di bahagian atas sebelah kanan
  3. Klik jika terdapat titik merah (notifikasi)
  4. Anda akan mengemas kini semua aplikasi anda (yang di muat turun dari Gbox)

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 9

Pengalaman meluas HUAWEI telah menjadikan HUAWEI AppGallery adalah sebuah stor aplikasi yang selamat dan sentiasa melindungi maklumat peribadi pengguna. Jika anda menghadapi sebarang isu, sila hubungi Hotline khidmat pelanggan HUAWEI di : 1800 22 0086.

Tahun 2025 ini adalah lagi ke yang tak tahu Google Maps, YouTube dan Gmail boleh digunakan pada peranti HUAWEI? 10

Secara keseluruhanya, pengalaman kami menggunakan AppGallery produk HUAWEI selama lebih dua bulan membuktikan bahawa stor aplikasi ini adalah selamat dan stabil untuk semua lapisan pengguna dan sokongan aplikasi Google yang boleh digunakan tanpa sebarang masalah menjadikan produk HUAWEI sebagai sesuatu yang harus dimiliki dan digunakan tanpa sebarang syak wasangka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.