Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Pad 10 tiba di Malaysia pada 30 Mei – tablet popular dengan spesifikasi flagship

HONOR Pad 10 tiba di Malaysia pada 30 Mei - tablet popular dengan spesifikasi flagship 1

HONOR Pad 10 tiba di Malaysia pada 30 Mei - tablet popular dengan spesifikasi flagship 2

HONOR meneruskan momentum cemerlangnya dengan mengukuhkan kedudukan sebagai jenama telefon pintar utama, sambil mengembangkan ekosistem peranti AI yang menyeluruh.

HONOR Malaysia telah mendahului pasaran tablet Android sebagai Jenama Terlaris No. 1 selama 12 bulan berturut-turut, dipacu oleh kejayaan HONOR Pad 9. Kini, HONOR berhasrat mengekalkan penguasaannya menerusi pelancaran HONOR Pad 10 yang bakal berada di pasaran bermula 30 Mei ini. 

HONOR Pad 10 tiba di Malaysia pada 30 Mei - tablet popular dengan spesifikasi flagship 3

Jenama ini meneruskan peluasan ekosistem pintarnya dengan dua jam tangan pintar HONOR Band 10 dan HONOR Watch 5 Ultra yang akan mula dijual pada 30 Mei. Manakala komputer riba baharu HONOR MagicBook Pro 14 menyusul pada 13 Jun ini.

HONOR Pad 10 tiba di Malaysia pada 30 Mei - tablet popular dengan spesifikasi flagship 4

Antara spesifikasi HONOR Pad 10 adalah skrin paparan 2.5K berukuran 12.1-inci, bateri 10,100mAh dengan pengecasan pantas 35W, cip Snapdragon 7s Gen 3 bersama AI Writing Tools yang termasuk HONOR AI Notes, HONOR AI Docs, HONOR Connect dan Magic Portal.

Selain itu, ianya juga hadir dengqn 8GB RAM + 8GB HONOR RAM Turbo dan stroran ROM 256GB.

HONOR Pad 10 akan mula dijual di seluruh negara mulai 30 Mei 2025 dalam dua pilihan warna iaitu Cyan dan Gray. Tablet ini boleh didapati di semua kedai seluruh negara pada harga RM1,499, dengan setiap pembelian disertakan papan kekunci pintar Bluetooth, HONOR CHOICE Pencil dan HONOR CHOICE Active Noise Canceling Headphone bernilai RM1,097 secara PERCUMA. 

HONOR Pad 10 tiba di Malaysia pada 30 Mei - tablet popular dengan spesifikasi flagship 5

Selain HONOR Pad 10, HONOR Watch 5 Ultra dan HONOR Band 10 juga akan mula dijual pada 30 Mei ini. HONOR Watch 5 Ultra ini hadir dengan tali Brown Leather Strap, ditawarkan pada harga RM1,099.  Manakala HONOR Band 10 hadir dengan dua pilihan tali iaitu Blue Nylon dan Black TPU yang dijual pada harga RM199.

Dalam pada itu, HONOR MagicBook Pro 14 akan mula dijual mulai 13 Jun 2025 pada harga RM4,999 dengan kapasiti memori dan storan 32GB RAM dan 1TB SSD dalam pilihan warna putih. Komputer riba ini turut disertakan dengan hadiah PERCUMA Satu Tahun Langgnan Percuma Microsoft 365 Personal (Pra-pasang) dan beg galas HONOR Backpack bernilai RM508.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/ untuk perkembangan terkini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.