realme GT 7 Series kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,999 – realme GT 7 Dream Edition turut dilancarkan
realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flaghsip killer 2025 mereka iaitu realme GT 7 Series bersama satu lagi model edisi khas iaitu realme GT 7 Dream Edition yang direka bersama pasukan Aston Martin Aramco F1, hadir dengan rekaan klasik sepanjang zaman dan customised UI.
Terus ke spesifikasi, realme GT 7 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, ianya dikuasakan cip Dimensity 9400e bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Pada bahagian kamera, realme GT 7 hadir dengan sensor utama 50MP IMX906 yang memiliki OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor telefoto 50MP. Ianya juga memiliki kamera selfie 32MP serta sensor capjari dalam skrin.
Bercakap mengenai rekaan realme GT 7 ini, ianya hadir dengan rekaan IceSense Technology yang mempunyai graphene sebagai sebahagian dari sistem penyejukan yang menjanjikan sehingga 6°C penurunan suhu cipset. Ianya turut hadir dengan penarafan IP69, Wi-Fi 7, NFC dan Bluetooth 5.4.
Seterusnya, realme GT 7 juga memiliki bateri silikon karbon berkapasiti 7,000mAh bersama pengecasan pantas 120W (0-100% dalam masa 40 minit) dan bypass charging.
Akhir sekali, realme GT 7 akan ditawarkan didalam warna IceSense Black dan IceSense Blue pada harga RM 2,599 dimana pembelian ketika tempoh promosi dari 31 Mei sehingga 30 Jun akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 997.
Dalam pada itu, realme juga melancarkan GT 7 Dream Edition terhad yang direka bersama dengan Aston Martin Aramco F1 Team. Ia menampilkan warna khas Racing Green, lencana sayap perak yang terukir dan dilengkapi dengan pembungkusan eksklusif yang termasuk casing telefon Silver Wing dan pin kad SIM kereta lumba F1. Ianya akan ditawarkan pada harga RM 2,999.
realme GT 7T
Terus ke spesifikasi, realme GT 7T hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, ianya dikuasakan cip Dimensity 8400 Max bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Pada bahagian kamera, realme GT 7 hadir dengan sensor utama 50MP IMX906 yang memiliki OIS dan sensor ultrawide 8MP . Ianya juga memiliki kamera selfie 32MP serta sensor capjari dalam skrin.
Bercakap mengenai rekaan realme GT 7T ini, ianya hadir dengan rekaan IceSense Technology yang mempunyai graphene sebagai sebahagian dari sistem penyejukan yang menjanjikan sehingga 6°C penurunan suhu cipset. Ianya turut hadir dengan realme UI 6.0 (Android 15), penarafan IP69, Wi-Fi 7, NFC dan Bluetooth 5.4.
Seterusnya, realme GT 7T juga memiliki bateri silikon karbon berkapasiti 7,000mAh bersama pengecasan pantas 120W (0-100% dalam masa 40 minit) dan bypass charging.
Akhir sekali, realme GT 7T akan ditawarkan didalam warna IceSense Black dan IceSense Blue pada harga RM 1,999 dimana pembelian ketika tempoh promosi dari 31 Mei sehingga 30 Jun akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 997.







