realme umum telefon pintar konsep realme GT 10,000mAh – ketebalan hanya 8.5mm

realme telah mengumumkan pelancaran realme GT 7 Series tidak lama lagi dan syarikat ini juga telah memperkenalkan sebuah telefon pintar konsep realme GT 10,000mAh.
Berikut adalah. Ciri-ciri utama realme GT 10,000mAh:
- Bateri 10,000mAh: Kapasiti bateri yang sangat besar, hampir setara dengan power bank bersaiz sederhana, yang berpotensi memberikan masa penggunaan berhari-hari dengan sekali cas.
- Reka Bentuk Nipis dan Ringan: Walaupun dengan bateri yang besar, telefon ini mengekalkan profil yang agak nipis di bawah 8.5mm dan berat sekitar 215 gram.
- Bateri dengan Kandungan Silikon Tinggi: Bateri ini menggunakan anod dengan kandungan silikon 10%, yang tertinggi dalam industri telefon pintar, membantu mencapai kepadatan tenaga tinggi 887Wh/L.
- Mini Diamond Architecture: Reka bentuk dalaman baharu yang dipanggil “Mini Diamond Architecture” telah dibangunkan dengan lebih 60 paten antarabangsa untuk memuatkan bateri yang besar sambil mengekalkan papan induk Android yang paling kompak dipasaran iaitu 23.4mm.
Dalam pada itu, realme juga telah berkongsi beberapa maklumat mengenai teknologi yang digunakan untuk memastikan keselamatan bateri telefon pintar konsep GT 10,000mAh:
- Triple Cold Press: Proses pembuatan bateri yang direka untuk mencegah pembengkakan bateri.
- CGT Tech pada Katod: Teknologi yang digunakan pada katod untuk memastikan penyebaran elektrolit yang sekata, yang penting untuk kestabilan dan keselamatan bateri.