Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme 14 5G – Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 1

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 2realme 14 5G

Pengenalan

realme merupakan syarikat teknologi pengguna global yang menjadikan teknologi canggih lebih mudah diakses. Ia menyediakan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti dan reka bentuk penetapan trend kepada pengguna muda. 

Lebih lanjut, 2024 merupakan tahun penjenamaan semula bagi realme dengan slogan baharunya, “Make it real.” dan dibawah semangat jenama baharu ini, realme komited untuk memfokuskan pengguna muda berbanding sebelum ini dan membawa manfaat yang nyata, jelas dan ketara kepada kehidupan mereka.

Sehubungan dengan itu, realme Number Series yang merupakan siri yang membawa realme kepada terunggul sekarang ini telah menerima ahli keluarga baharu iaitu realme 14 5G yang dilancarkan dengan jolokan ‘Gaming Dominator’.

realme 14 5G merupakan telefon pintar pertama didunia untuk dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4 dan kemampuan gaming telefon pintar ini juga terbukti apabila ianya telah terpilih sebagai telefon pintar rasmi MLBB MAL Musim ke-3 dan HOK MKL League 2025.

Adakah realme 14 5G seperti yang diperkatakan?, Jom baca ulasan realme 14 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,199

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 3

Reka Bentuk

Sejak penubuhan syarikat, realme memang sangat sinonim dengan rekaan telefon pintar yang sangat elegan menetapi citarasa pengguna muda dan realme 14 5G juga tergolong didalam kategori ini.

Sebagai telefon pintar dengan gelaran ‘Gaming Dominator’, realme 14 5G didalam warna Mecha Silver adalah refleksi terbaik kepada aura yang dibawa telefon pintar ini.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 4

realme 14 5G Mecha Silver yang merupakan unit ulasan kami  direka demgan berinspirasikan reka bentuk Mecha dalam filem fiksyen sains. Ia mewakili estetika jentera masa depan dan prestasi berkuasa, sejajar dengan kemampuan yang dimiliki realme 14. Garisan geometri pada panel belakang merupakan elemen reka bentuk klasik Mecha.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 5

Selain itu, satu lagi sentuhan yang pasti menarik perhatian pengguna adalah kemasan butang kuasa realme 14 5G ini didalam warna Flaming Orange yang ekskusif pada warna Mecha Silver sahaja. Dalam pada itu, realme 14 5G juga ditawarkan didalam dua lagi warna iaitu Warrior Pink dan Storm Titanium.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 6

Beralih ke panel belakang realme 14 5G, ianya juga menampilkan modul kamera yang dikenali sebagai ‘Victory Halo‘ yang turut mengambil inspirasi detik-detik kemenangan didalam arena esports.

Seterusnya, realme 14 5G juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68 dan IP69 yang menjadikanya sangat berkebolehan untuk kekal kalis air walaupun pada tahap yang lebih ekstrim.

Secara keseluruhan, realme 14 5G yang merupakan telefon pintar memiliki rekaan yang futuristik sesuai dengan gelaran Gaming Domintar dan tema telefon pintar gaming ini boleh dilihat dengan jelas pada realme 14 5G.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 7

Skrin Paparan

realme 14 5G skrin paparan AMOLED eSports berukuran 6.7-inci yang turut memiliki resolusi FHD+ dan kecerahan maksima mencecah 2,000nits serta 1500Hz touch sampling rate.

Selain itu, panel skrin realme 14 5G juga memiliki kadar segar semula 120Hz dan pada bahagian tetapan anda boleh menetapkan kadar segar semula pada kadar High (120Hz sepanjang masa), Standard (60Hz) dan Auto-Select yang membolehkan kadar segar semula yang ideal dipilih untuk mencapai pengalaman visual dan jangka hayat bateri yang seimbang.

Paling menarik adalah, realme 14 5G telah disahkan akan mampu mencapai dan mengekalkan kadar 120fps ketika permainan video popular seperti MLBB, HOK dan banyak lagi.

Seterusnya, realme 14 5G juga memiliki ukuran bezel sisi yang nipis dengan saiz ‘dagu’ telefon pintar ini adalah sedikit besar namun ini tidak menghalang telefon pintar ini mencapai nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 92.65%.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 8

Dalam pada itu, realme 14 5G juga disertakan dengan teknologi AI Touch Control iaitu algoritma sentuhan khusus yang dioptimumkan pada kawasan operasi utama yang digunakan oleh gamer yang meningkatkan tindak balas terhadap sentuhan dan mengurangkan input ‘lag’.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 9Pemproses

realme 14 5G merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 4, yang merupakan cip Snapdragon paling berkuasa pada kelas  pertengahan, menerajui revolusi prestasi. Ianya telah mencatatkan 780,000 mata di platform ujian penanda aras AnTuTu yang luar biasa.

Selain itu, cip Snapdragon 6 Gen 4 ini dibina pada arkitektur 4nm yang menawarkan peningkatan 15% dalam prestasi CPU dan peningkatan 35% dalam kecekapan dan prestasi tenaga CPU dan GPU.

Selain itu, gamers juga boleh menikmati pengalaman gaming bebas lag dengan tetapan 120FPS dalam permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, Honor of Kings, dan Free Fire. Dalam tetapan 90FPS, telefon pintar berorientasikan prestasi boleh mengekalkan kadar bingkai yang stabil selama lebih daripada 10 jam. Dengan realme 14 5G, pemain boleh bermain Mobile Gaming dengan lancar, serta kawalan ultra responsif dan kecekapan puncak yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman gaming pengguna, realme 14 5G juga menawarkan mod gaming GT Boost yang memberikan anda akses kepada tetapan yang lebih mendalam untuk gaming seperti ciri AI Motion Control, AI Ultra Touch Control, GT Mode dan Geek Power Tuning.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 10

Bagi menyempurnakan pengalaman gaming yang luar biasa ini, realme juga telah menyertakan sistem penyejukan Bionic Cooling yang hadir dengan ruang wap seluas 6050 meter persegi yang terbesar dalam segmen harganya sekaligus menawarkan prestasi stabil untuk penggunaan berpanjangan, memastikan gaming yanh lancar walaupun dalam permainan intensif grafik.

Seterusnya, realme 14 5G ini juga disertakan dengan 8/12GB RAM dan storan dalaman 256GB yang menjanjikan prestasi peranti kelas midrange yang terbaik didalam kelasnya.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 11

Beralih kepada sistem operasi, realme 14 5G ini hadir dengan realme UI 6.0 yang memberikan pengalaman yang lancar dan intuitif, menggabungkan prestasi dengan integrasi AI pintar dan rekaan UI yang menarik. syarikat ini turut membawakan ciri Live Alerts yang baharu, ciri realme Transfer yang lebih berkuasa dan floating window.

Seperti kita sedia maklum, AI kini merupakan satu aspek utama yang meningkatkan ‘user experience’ dan realme 14 5G juga hadir dengan beberapa ciri dibawah payung Next AI. Antara ciri AI yang ditawarkan adalah AI Recording Summary, AI Smart Loop 2.0 yang memberikan anda pintasan pantas ke aplikasi pilihan dan Circle to Search by Google yang memudahkan carian di Google dengan memilih atau membulatkan sesuatu terus pada skrin.

Satu lagi ciri yang dimiliki realme 14 5G ini adalah Antenna Array Matrix 2.0 yang membolehkan telefon pintar ini memiliki isyarat terkuat dalam segmen, pengoptimuman rangkaian lemah eksklusif. Ini diterjemahkan kepada peningkatan 30% kelancaran rangkaian ketika gaming dan kependaman rangkaian permainannya adalah 18ms lebih rendah berbanding  pesaing.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 12

Kamera

realme 14 5G hadir dengan sensor utama 50MP yang mempunyai OIS membolehkanya menawarkan imej berkualiti tinggi pada setiap ketikan yang dilakukan.

Selain itu, kamera realme 14 5G juga menerapkan ciri AI seperti AI Shutter yang memberikan kelajuan shutter 1/1000 saat yang membolehkan gambar diambil dengan pantas dan AI Snap Mode pula memberikan hasil gambar yang tidak ‘blur’ walaupun objek yang diambil bergerak pantas.

Seterusnya, sistem kamera telefon pintar Gaming Dominator ini juga memiliki algoritma LightFusion yang membolehkanya menghasilkan kesan cahaya dan bayang yang lebih realistik dan tona yang lebih semulajadi.

Dalam pada itu, ciri AI Eraser pada telefon pintar ini boleh dikatakan sebagai yang paling efektif dipasaran dan ini membolehkan anda memadam subjek atau objek yang tidak diingin dalam foto. AI Clear Face juga disertakan dan ini berfungsi meningkatkan kejelasan wajah pada gambar portrait yang diambil.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, realme 14 5G dilengkapi sensor Sony 16MP yang mampu memberikan pengguna hasil selfie yang baik.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 18

Bateri

realme 14 5G hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang berketumpatan tinggi iaitu hampir 8% lebih padat berbanding bateri pada generasi sebelum ini.

Bersama Titan Battery ini, realme 14 5G juga memiliki pengecasan pantas 45W Super Flash Charge dan ianya turut membawakan ciri Bypass Charging untuk membekalkan kuasa terus kepada peranti ketika gaming.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 19

Selain itu, realme juga mendakwa bahawa teknologi bateri realme 14 5G ini membolehkanya mengekalkan lebih 80% kapasiti bateri walaupun selepas 4 tahun pengunaan (1400 kitaran).

Dari segi gaming pula, realme 14 5G dijangka mampu menawarkan anda sehingga 10 jam waktu permainan pada permainan MLBB.

ULASAN : realme 14 5G - Telefon pintar Gaming Dominator terbaik kelas midrange 20

Penutup

realme 14 5G mungkin sebuah telefon pintar didalam kelas midrange Number Series namun beberapa teknologi yang ditawarkan pada telefon pintar ini adalah sesuatu yang hampir setaraf flagship.

Selain itu, pengunaan cipset Snapdragon 6 Gen 4 yang pertama kali juga meletakkan realme 14 5G sebagai antara telefon pintar midrange yang paling berkuasa dipasaran dan kemampuan gaming telefon pintar ini juga tidak mampu dipersoalkan.

realme 14 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199.

Dapatkan realme 14 5G di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.