Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 14 Pro 5G kini di Malaysia dengan panel belakang berubah warna – dari RM 1,499

realme 14 Pro 5G kini di Malaysia dengan panel belakang berubah warna - dari RM 1,499 1

realme 14 Pro 5G kini di Malaysia dengan panel belakang berubah warna - dari RM 1,499 2

realme 14 Pro 5G hadir dengan rekaan yang terhasil dengan kerjasama Valeur Design yang berinsipirasikan persekitaran dalam laut (Unique Pearl Design) yang mana tiada satu unit realme 14 Pro 5G mempunyai rekaan panel belakang yang sama.

realme 14 Pro 5G kini di Malaysia dengan panel belakang berubah warna - dari RM 1,499 3

Selain itu, realme 14 Pro 5G juga hadir dengan panel belakang yang berubah warna biru apabila didedahkan kepada suhu dibawah 16°C.

Terus ke spesifikasi, realme 14 Pro 5G hadir dengan skrin paparan dual-curved berukuran dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 4,500nits. Telefon pintar ini juga dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Energy, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB/512GB.

Selain itu, realme 14 Pro 5G juga disertakan dengan sistem kamera yang terdiri dari sensor utama 50MP IMX882 yang memiliki OIS dan sokongan rakaman video 4K. Ianya juga memiliki kamera monokrom dan MagicGlow Triple Flash manakala kamera selfie adalah 16MP.

realme 14 Pro 5G kini di Malaysia dengan panel belakang berubah warna - dari RM 1,499 4

Seterusnya, realme 14 Pro 5G juga memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan 45W SUPERVOOC Charge yang memberikan pengecasan ke tahap 50% didalam masa 36 minit sahaja dan ianya diberi jaminan ketahanan bateri sehingga 4 tahun.

Lain-lain ciri-ciri yang dimiliki realme 14 Pro 5G adalah Next AI ( AI Ultra Clarity 2.0, AI Snap Mode, AI Eraser 2.0) , penarafan IP66, IP69 dan IP69.

realme 14 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499 bagi versi 12/256GB dan RM 1,799 bagi versi 12/512GB. Setiap pembelian realme 14 Pro 5G akan menerima hadiah bernilai RM 1,195 yang termasuk rebat bernilai RM 100, realme Buds T01, selfie stick dan lanjutan waranti 1 tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.