Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 14 5G kini rasmi di Malaysia – pertama didunia guna cipset Snapdragon 6 Gen 4

realme 14 5G kini rasmi di Malaysia - pertama didunia guna cipset Snapdragon 6 Gen 4 1

realme 14 5G kini rasmi di Malaysia - pertama didunia guna cipset Snapdragon 6 Gen 4 2

realme secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar realme 14 5G di Malaysia yang bakal mentakrifkan semula pengalaman gaming, ia juga tampil dengan rekaan Mecha yang berani dan futuristik yang direka dengan teknologi tepat, menjadikannya peranti terbaik untuk gamer yang mahu prestasi dan gaya.

realme 14 5G kini rasmi di Malaysia - pertama didunia guna cipset Snapdragon 6 Gen 4 3

Terus ke spesifikasi, realme 14 5G memiliki skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+, cip Snapdragon 6 Gen 4 dengan mata AnTuTu melebihi 760,000 mata, 8GB atau 12GB RAM, storan dalaman 128GB/256GB, bateri 6,000mAh yang mampu menawarkan sehingga 10.5 jam waktu permainan video tanpa henti.

realme 14 5G kini rasmi di Malaysia - pertama didunia guna cipset Snapdragon 6 Gen 4 4

Dalam pada itu, realme 14 5G juga hadir dengan sistem penyejukan Bionic dengan ruang penyejukan yang seluas 6050 meter persegi—yang terbesar dalam segmen harganya. Ianya juga tampil dengan sensor utama 50MP (OIS) bersama sensor sampingan.

Lebih lanjut, realme 14 5G juga akan hadir dengan realme UI 6.0 yang berasaskan Android 15, penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68 & IP69 dan kamera selfie 16MP.

realme 14 5G kini rasmi di Malaysia - pertama didunia guna cipset Snapdragon 6 Gen 4 5

Dalam pada itu,  realme juga telah mengumumkan bahawa Soloz dan Team Vamos telah dilantik sebagai Chief Gaming Officers.

realme 14 5G kini ditawarkan di Malaysia secara rasmi pada harga RM 1,199 bagi versi 8/256GB dan RM 1,299 bagi versi 12/256GB. Setiap pra-tempahan bagi telefon pintar ini akan menerima hadiah percuma bernilai RM 826 yang termasuk rebat RM 100, realme Buds T01, Tempered Glass and (sarung jari gaming) Finger Cots dan 1 tahun lanjutan waranti.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.