Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR mengacah pelancaran telefon pintar ‘iPhone killer’ tidak lama lagi

HONOR mengacah pelancaran telefon pintar 'iPhone killer' tidak lama lagi 1

HONOR mengacah pelancaran telefon pintar 'iPhone killer' tidak lama lagi 2

HONOR telah mengumumkan untuk mentakrif semula pasaran telefon pintar dengan barisan peranti baharu yang dikuasakan AI berinovatif, bertujuan menyaingi  Apple dalam pasaran secara langsung.

HONOR mendedahkan satu gambar teaser yang memgesahkan syarikat ini bakal melancarkan model telefon pintar ‘iPhone killer’ yang direka untuk menyampaikan inovasi premium pada harga yang dapat diakses oleh semua. 

Dalam pada itu, siri yang akan datang ini dilengkapi dengan ciri-ciri terkemuka dalam industri pada harga midrange, menjadikan pengalaman memiliki peranti premium dapat dinikmati oleh semua orang.

Dengan menggabungkan keupayaan AI pada harga mampu milik, barisan telefon pintar baharu ini dijangka menjadi ‘pembunuh’ iPhone di pasaran.

Seterusnya, inisiatif ini melangkaui cabaran terhadap Apple yang bertujuan untuk membentuk semula masa depan inovasi telefon pintar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.