HONOR Watch 5 dan Earbuds Open kini tiba di Malaysia – dari RM 599

Pelancaran HONOR di Malaysia juga menyaksikan syarikat ini memperkenalkan jam tangan pintar HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open.
HONOR Watch 5
Terus ke spesifikasi, Honor Watch 5 hadir dengan paparan AMOLED berukuran 1.85-inci dengan resolusi 450 x 390px dan kecerahan maksima 1,000 nits. Jam tangan pintar memiliki bingkai aluminium 6 series yang mempunyai tombol berputar untuk kawalan yang lebih mudah, pembesar suara dan mikrofon untuk panggilan Bluetooth.
Selain itu, HONOR Watch 5 juga mempunyai penarafan IP68 dan kalis air 5ATM yang boleh dipakai ketika berenang. Ia boleh menjejaki aktiviti sukan bersama dengan kedudukan GPS pada peranti. Ia hadir dengan Bluetooth 5.2 dan storan dalaman 4GB untuk menyimpan senarai main muzik.
Seterusnya , Watch 5 juga membawa ciri Honor Scientific Sleep Management, Healthy Morning Report, dan Quick Health Scan yang membantu anda pemantauan tahap kesihatan anda.
Dalam pada itu, Watch 5 juga memiliki bateri silikon-karbon 480mAh yang mempunyai peningkatan sebanyak 21% ketumpatan tenaga berbanding bateri pada Honor Watch 4. Digabungkan dengan pengoptimum penggunaan tenaga tahap sistem Honor OS Turbo X, Honor mendakwa anda ianya mampu menawarkan sehingga 15 hari hayat bateri dengan penggunaan biasa.
Akhir sekali, Honor Watch 5 ini akan didatangkan dalam warna Hitam, Emas dan Hijau pada harga RM 599 bagi tali silikon dan RM 649 bagi tali kulit.
HONOR Earbuds Open
HONOR Earbuds Open menampilkan rekaan cangkuk telinga berinovatif yang menambahkan kestabilan tanpa menjejaskan aktiviti seperti bersenam, bergerak, atau berehat. Ia juga amat sesuai bagi pemakai cermin mata, kerana memberikan padanan yang selesa dan stabil tanpa mengganggu pengalaman mendengar muzik atau menjawab panggilan.
Selain itu, HONOR Earbuds Open direka dengan bahan silikon hipoalergenik yang boleh dibentuk mengikut bentuk telinga dan setiap earbuds ini mempunyai berat hanya 7.9g.
Apabila dipadankan dengan HONOR Magic 7 Pro, HONOR Earbuds Open memberikan terjemahan masa sebenar dan segera untuk sehingga 15 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan Bahasa Thai dengan ciri AI Live Translation. Ciri ini memiliki tiga mod iaitu Shared Mode, Exclusive Mode dan Simultaneous Interpretation.
Selain itu, Earbuds Open juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP54 dan memiliki jangka hayat bateri sehingga 22 jam apabila digunakan bersama bekas pengecasan.
HONOR Earbuds Open akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 didalam dua warna iaitu Polar Gold dan Polar Black.