Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Pad X9a kini rasmi di Malaysia – versi LTE kini ditawarkan pada harga RM 1,299

HONOR Pad X9a kini rasmi di Malaysia - versi LTE kini ditawarkan pada harga RM 1,299 1

HONOR Pad X9a kini rasmi di Malaysia - versi LTE kini ditawarkan pada harga RM 1,299 2

HONOR Pad X9a baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia namun tablet ini telah mula dijual sejak 26 Mac yang lalu pada harga RM 999 bagi versi Wi-Fi.

Selain itu, HONOR Pad X9a hadir dengan skrin paparan 2.5K HONOR FullView berukuran 11.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 400 nits. Ianya juga memiliki teknologi Dynamic Dimming dan Circadian Night Display untuk penjagaan mata yang menyeluruh.

HONOR Pad X9a kini rasmi di Malaysia - versi LTE kini ditawarkan pada harga RM 1,299 3

Selain itu, Pad X9a dikuasakan cip Snapdragon 685, 8GB RAM + 8GB RAM Turbo dan 128GB storan dalaman serta MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15. Antara ciri yang dikuasakan AI yang ditawarkan pada Pad X9a adalah AI Handwriting Beautification, Voice-to-Text Conversion, dan Handwritten Formula Conversion.

Seterusnya, HONOR Pad X9a turut memiliki bateri berkapasiti 8,300mAh dengan pengecasan pantas 35W yang mampu mengecas penuh tablet ini didalam masa 105 minit. Ianya juga tampil dengan rekaan yang nipis iaitu 6.77mm dengan berat hanya 477gram.

HONOR Pad X9a kini rasmi di Malaysia - versi LTE kini ditawarkan pada harga RM 1,299 4

Akhir sekali, HONOR Pad X9a kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 bagi versi WiFi dan RM 1,299 bagi versi LTE. setiap pembelian akan turut menerima Bluetooth keyboard dan HONOR Choice Pencil serta 3 bulan langganan IQYI.

HONOR Pad X9a kini rasmi di Malaysia - versi LTE kini ditawarkan pada harga RM 1,299 5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.