HONOR Pad V9 kini rasmi di Malaysia – cip Dimensity 8350 Elite dan bateri 10,100mAh

Pelancaran produk HONOR All-Scenario di Malaysia sebentar tadi telah menyaksikan syarikat ini turut memperkenalkan tablet premium terbaru iaitu HONOR Pad V9.
HONOR Pad V9 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 11.5-inci dengan resolusi 2.8K (2,800 x 1,840) dan kadar segar semula 144Hz serta sokongan stylus Magic Pencil 3 yang disertakan didalam kotak.
Selain itu, HONOR Pad V9 ini dikuasakan cipset MediaTek Dimensituky 8350 Elite, 12GB RAM + 12GB HONOR RAM Turbo, 256GB storan dalaman dan MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15. Antara AI yang disertakan adalah AI Honor Notes, AI Voice Recording Synchronization, AI typesetting & summary dan banyak lagi.
Seterusnya, tablet ini juga memiliki 8 pembesar suara dengan Spatial Audio, Hi-Res Audio dan DTS:X support. Ianya juga memiliki kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP.
Dalam pada itu, HONOR Pad V9 juga memiliki bateri 10,100mAh bersama pengecasan pantas 66W dan ini haris diberikan pujian kerana tablet ini memiliki rekaan yang nipis iaitu hanya 6.1mm (berat 475 gram).
Selain stylus, HONOR juga turut menawarkan papan kekunci pintar yang mempunyai trackpad untuk produktiviti yang lebih baik.
Akhir sekali, HONOR Pad V9 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 didalam dua warna iaitu White dan Gray. Setiap pembelian akan turut menerima HONOR Touchpad Keyboard dan HONOR Magic Pencil 3 bernilai RM 898.