Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S25 Series Enterprise Edition disahkan akan menerima 8 kemaskini OS Android – paling lama dipasaran

Samsung Galaxy S25 Series Enterprise Edition disahkan akan menerima 8 kemaskini OS Android - paling lama dipasaran 1

Samsung Galaxy S25 Series Enterprise Edition disahkan akan menerima 8 kemaskini OS Android - paling lama dipasaran 2

Samsung secara rasminya memperkenalkan Galaxy S25 Series pada bulan Januari yang lalu sebelum memperkenalkan Enterprise Edition pada bulan Februari.

Jika Galaxy S25 Series yang biasa akan menerima 7 kemaskini OS Android iaitu sehingga Android 22, Enterprise Edition pula telah disahkan akan menerima 8 kemaskini OS Android iaitu sehingga Android 23.

Pengesahan ini adalah dari Samsung melalui laman mikro Samsung Knox yang menyenaraikan Galaxy S25 Series Enterprise Edition akan menerima kemaskini OS sehingga Android 23 dan kemaskini keselamatan sehingga Januari 2032.

Dengan pengesahan ini, adalah selamat untuk kita perkatakan bahawa Galaxy S25 Series Enterprise Edition menjadi telefon pintar yang mempunyai sokongan perisian paling lama didunia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.