Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dan Galaxy Tab S10 FE kini rasmi – tablet premium pada harga lebih mampu milik

Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dan Galaxy Tab S10 FE kini rasmi - tablet premium pada harga lebih mampu milik 1

Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dan Galaxy Tab S10 FE kini rasmi - tablet premium pada harga lebih mampu milik 2

Samsung secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru didalam keluarga Galaxy Tab S FE Series iaitu Galaxy Tab S10 FE dan Galaxy Tab S10 FE+ yang merupakan memberikan pengguna akses kepada tablet premium pada harga yang lebih berpatutan.

Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dan Galaxy Tab S10 FE kini rasmi - tablet premium pada harga lebih mampu milik 3

Terus ke spesifikasi, Galaxy Tab S10 FE+ hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 13.1-inci yang mana ianya adalah 12% lebih besar berbanding generasi sebelum ini. panel ini juga memiliki kadar segar semula 90Hz dengan kecerahan maksima 800 nits (HBM) yang turut disokong oleh Vision Booster. Galaxy Tab S10 FE pula hadir dengan panel LCD 90Hz yang sama namun pada saiz 10.9-inci.

Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dan Galaxy Tab S10 FE kini rasmi - tablet premium pada harga lebih mampu milik 4

Selain itu, kedua-dua tablet Galaxy Tab S10 FE Series ini dikuasakan cip Exynos 1580 yang sama seperti pada Galaxy A56 5G dan ianya disertakan dengan 8/12GB RAM dan storan dalaman 128/256GB. Ianya juga menjadi model pertama didalam keluarga FE Series untuk membawakan ciri AI yang berkuasa seperti Circle to Search, Object Eraser, Auto Trim, Best Faces, ciri Solve Math dan Handwriting Help pada aplikasi Samsung Notes.

Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dan Galaxy Tab S10 FE kini rasmi - tablet premium pada harga lebih mampu milik 5

Seterusnya, Galaxy Tab S10 FE+ ini hadir dengan bateri berkapasiti 10,090mAh manakala Galaxy Tab S10 FE pula memiliki bateri 8,000mAh. Kedua nya hadir dengan sokongan pengecasan pantas 45W.

Lain-lain ciri tablet ini adalah Wi-Fi 6, dual speaker, Samsung Knox, sensor capjari pada butang kuasa, penarafan IP68, Android 15, kamera 13MP (belakang) + 12MP ultra wide (hadapan) dan S Pen didalam kotak.

Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dan Galaxy Tab S10 FE kini rasmi - tablet premium pada harga lebih mampu milik 6

Akhir sekali, Galaxy Tab S10 FE akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Gray, Silver dan Blue. Samsung turut akan menawarkan aksesori seperti Book Cover Keyboard, Book Cover Keyboard Slim, Smart Book Cover dan Anti-reflecting Screen Protector.

Setakat ini, pihak Samsung Malaysia masih belum mengumumkan maklumat jualan tablet Galaxy Tab S10 FE Series ini di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.