ULASAN : Samsung Galaxy A56 5G – Cipset flagship Exynos yang lebih baik dengan AI pada harga midrange

Pengenalan
Galaxy A56, telefon pintar midrange popular daripada Samsung telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan ianya memberikan nilai belian yang lebih baik dan pada harga yang lebih kurang sama seperti Galaxy A55.
Ini kerana Galaxy A56 membawa pelbagai’upgrade’ yang ketara dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan selain skrin paparan yang lebih besar walaupun ianya hanya 0.1 lebih besar.
Selain itu, Galaxy A56 juga hadir dengan cipset terbaru Exynos 1580 yang pertama kali digunakan pada ramai yang tidak sabar untuk mengetahui kemampuan cipset ini.
Untuk memastikan kita tidak menguji kesabaran ramai pihak, adalah lebih baik kita terjun terus ke ulasan Samsung Galaxy A56 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,999.
Reka Bentuk
Samsung Galaxy A56 hadir dengan ukuran dimensi yang sama seperti Galaxy A55 tahun lalu namun skrin paparan yang digunakan adalah lebih besar iaitu 6.7-inci dengan bezel lebih nipis pada sisi. Ianya juga sedikit tinggi pada ketinggian 7.4mm manakala berat adalah 198gram.
Samsung berjaya meningkatkan kualiti binaan Galaxy A56 5G tanpa sebarang penambahan berat dan pecahan bahan yang digunakan adalah kerangka aluminium dan lapisan gelas keselamatan Gorilla Glass Victus+ pada panel hadapan dan belakang.
Menariknya, kerangka aluminium telefon pintar terbaru Galaxy A ini juga tampil dengan kemasan ‘brushed’ yang menambahkan lagi kepremiuman peranti ini dan ianya juga mengekalkanya bebas dari kesan capjari.
Dalam pada itu, panel gelas pada Galaxy A56 5G ini mempunyai sisi yang flat yang mana ianya selari apabila bertemu dengan panel gelas dan ini memberikan cengkaman yang lebih kukuh namun mungkin tidak menjadi kesukaan ramai.
Selain itu, Samsung juga telah memperkenalkan rekaan modul kamera ‘one piece’ yang lebih seragam dan ianya kelihatan seperti melapisi sensor sebenar dibawah. Menyentuh tentang warna pula, Galaxy A56 5G hadir didalam 4 warna iaitu Awesome Pink, Awesome Graphite, Awesome Olive dan Awesome Lightgray seperti unit ulasan kami.
Seperti biasa, kedudukan butang fizikal pada Galaxy A56 5G adalah pada tempat yang strategik dan bahagian butang kuasa dan kelantangan bunyi juga sedikit melunjur keluar dan ini mungkin sedikit sebanyak memastikan anda tidak tersilap tekan butang-butang ini.
Secara keseluruhan, Galaxy A56 5G menampilkan rekaan yang sangat minimalistik dan pasti menjadi kesukaan ramai namun rekaan flat dengan sisi yang agak ‘tajam’ pasti mempunyai pengkritik.
Skrin Paparan
Samsung Galaxy A56 5G hadir dengan spesifikasi skrin paparan yang sama seperti generasi sebelum ini namun saiz skrin pada model ini adalah lebih besar iaitu 6.7-inci dengan bezel lebih nipis yang membolehkan dimensi telefon pintar ini kekal sama.
Ini bermaksud skrin paparan Galaxy A56 5G adalah jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR10+. Walaubagaimanapun, Galaxy A56 5G memiliki panel yang lebih cerah iaitu kecerahan sehingga 1,200 nits dengan Vision Booster untuk pengalaman yang memuaskan tidak kira dibawah cahaya matahari atau dikawasan tertutup.
Bercakap mengenai tetapan kadar segar semula, terdapat dua tetapan iaitu Standard yang mengekalkan kadar 60Hz sepanjang masa manakala Adaptive memberikan anda kadar segar semula yang tersuai mengikut kandungan namun pada kadar antara 60Hz sehingga 120Hz.
Seterusnya, pada bahagian tetapan terdapat juga dua pilihan warna skrin yang secara tradisinya ditawarkan pada Galaxy A Series iaitu Vivid untuk warna yang lebih tinggi dan Natural untuk warna yang lebih semulajadi.
Selain itu, Samsung Galaxy A56 5G juga mempunyai sensor capjari dalam skrin jenis optikal yang mana posisi sensor ini adalah sedikit dibawah berhampiran dengan bezel bawah skrin.
Tidak lupa, panel skrin A56 5G ini juga dilapisi gelas keselamatan Victus+ yang sama seperti pada generasi terdahulu namun model ini juga menerima lapisan gelas Victus+ pada panel belakang.
Pemproses
Samsung Galaxy A56 5G dikuasakan cipset terbaru Exynos 1580 yang menawarkan ‘upgrade’ yang cukup baik berbanding cipset Exynos 1480. Ianya juga dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.
Bercakap mengenai kemampuan cipset terbaru Exynos ini, ianya menawarkan 17% peningkatan prestasi CPU dan sehingga 30% peningkatan prestasj GPU.
Dalam pada itu, Samsung Galaxy A56 5G juga hadir dengan One UI 7 yang berasaskan Android 15 dan ianya adalah antara peranti kelas midrange yang menawarkan sokongan perisian paling lama dipasaran iaitu 6 kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan.
Selain itu, Samsung juga menawarkan beberapa ciri AI pada Galaxy A56 seperti Smart Select yang berupaya menganalisa kandungan pada skrin dengan lebih teliti dan menawarkan tindakan lanjut dari apa yang dipilih.
Anda boleh memilih teks yang ada pada gambar, membuat keratan foto, mencipta GIF daripada Instagram reels atau membuat wallpaper menggunakan foto yang dibuka pada skrin.
Selain itu, Circle to Search juga ditawarkan pada A56 5G yang membolehkan anda membulatkan sesuatu pada skrin dan melakukan carian Google berdasarkanya.
Seterusnya, pada aplikasi Gallery, Ciri AI yang ditawarkan adalah Object Eraser, Instant Slow-Mo, Auto Trim dan Best Face.
Kamera
Samsung Galaxy A57 5G tampil dengan sensor utama 50MP yang baharu bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor makro 5MP yang sama seperti pada Galaxy A55.
Selain itu, gambar daripada sensor ultrawide 12MP juga ternyata baik walaupun tidak setaraf sensor utama dan tahap ketelitian gambar juga sedikit kurang.
Seterusnya, Samsung Galaxy A55 5G juga menyokong fotografi makro dengan penggunaan sensor 5MP yang ternyata mampu mengambil gambar makro yang lebih teliti dengan pada jarak dekat namun hanya pada jarak sekitar 4cm dengan fokus tetap.

Selain itu, Samsung juga telah menggantikan kamera selfie 32MP yang digunakan pada A55 5G kepada sensor baharu 12MP yang mampu memberikan anda fotografi swafoto yang memuaskan dan setaraf lebih baik berbanding generasi sebelum ini.
Lebih-lebih lagi, Galaxy A56 5G juga memiliki ciri Advanced Video Digital Image Stabilization (VDIS) yang membolehkan pengguna merakam video 4K yang lebih stabil dan vivid. Ianya juga menyokong pengambilan gambar Super HDR pada kadar 12-bit yang merupakan standard terbaik dipasaran yang memberikan pengoptimuman kontras warna yang lebih baik pada bahagian yang terang dan gelap.
Bateri
Samsung Galaxy A56 5G hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti Galaxy A55 5G namun penggunaan cipset yang lebih berkuasa tinggi dan skrin yang lebih besar pasti memberikan kesan kepada jangka hayat bateri.
Selain itu, Samsung Galaxy A56 5G kini menyokong pengecasan pantas 45W yang mana waktu yang diperlukan untuk pengecasan penuh adalah hampir sama seperti Galaxy A55 (25W) namun ianya mampu mencapai tahap 65% didalam masa 30 minit sahaja.
Lebih lanjut, teknologi pengecasan yang ditawarkan ini meletakkan Galaxy A56 5G sama seperti telefon pintar flagship Galaxy S yang turut hadir dengan kadar pengecasan yang sama.
Penutup
Secara keseluruhan, Samsung Galaxy A56 5G masih mengekalkan kebanyakkan ciri-ciri yang sering mendapat permintaan dan penawaran AI (Awesome Intelligence) adalah satu lagi kelebihan yang harus diperkatakan.
Selain itu, Samsung Galaxy A56 5G juga membawakan cipset yang lebih berkuasa bersama kapasiti RAM yang sama seperti Galaxy S Series dan tidak lupa juga penawaran 6 kemaskini Android yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar midrange dengan sokongan OS yang paling komprehensif dipasaran.
Bagi anda yang berminat, Samsung Galaxy A56 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,999 dan anda boleh mendapatkanya di Samsung Online Store.