HONOR Pad X9a kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999

HONOR secara rasminya telah mengumumkan bahawa tablet HONOR Pad X9a kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.
HONOR Pad X9a hadir dengan skrin paparan 2.5K HONOR FullView berukuran 11.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 400 nits. Ianya juga memiliki teknologi Dynamic Dimming dan Circadian Night Display untuk penjagaan mata yang menyeluruh.
Selain itu, Pad X9a dikuasakan cip Snapdragon 685, 8GB RAM + 8GB RAM Turbo dan 128GB storan dalaman serta MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15. Antara ciri yang dikuasakan AI yang ditawarkan pada Pad X9a adalah AI Handwriting Beautification, Voice-to-Text Conversion, dan Handwritten Formula Conversion.
Seterusnya, HONOR Pad X9a turut memiliki bateri berkapasiti 8,300mAh dengan pengecasan pantas 35W yang mampu mengecas penuh tablet ini didalam masa 105 minit. Ianya juga tampil dengan rekaan yang nipis iaitu 6.77mm dengan berat hanya 477gram.
Akhir sekali, HONOR Pad X9a akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999 (versi WiFi) dan setiap pembelian akan turut menerima Bluetooth keyboard dan HONOR Choice Pencil serta 3 bulan langganan IQYI.