Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi 15 – Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 1

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 2Pengenalan

Xiaomi 15 Series telah diperkenalkan secara rasmi di Mobile World Congress yang telah berlangsung di Barcelona awal bulan ini dan untuk mengemudi cabaran Xiaomi di pentas flagship global adalah Xiaomi 15 – sebuah flagship kompak dan Xiaomi 15 Ultra – flagship sebenar dengan kemampuan kamera luar biasa.

Memandangkan Xiaomi 15 Pro tidak melepasi sempadan China, Xiaomi 15 adalah telefon pintar flagship ‘mainstream’ untuk Xiaomi dan ianya ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 3,499.

Selain itu, Xiaomi 15 adalah sebuah flagship ‘mini’ yang masih dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dan turut disertakan kapasiti bateri melebih 5000mAh.

Seterusnya, rekaan yang kompak juga tidak menjadi alasan untuk Xiaomi mengurangkan kemampuan kamera dimana Xiaomi 15 tampil dengan sistem kamera berkemampuan tinggi yang terdiri daripada satu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto 3x 50M serta kamera selfie 32MP.

Bagi meneruskan bacaan ulasan Xiaomi 15 ini, kita akan menerokai pelbagai aspek telefon pintar ini untuk mengetahui samada ini adalah telefon pintar yang patut anda beli ataupun tidak.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 3

Unboxing

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kotak telefon pintar flagship Xiaomi hadir didalam warna putih dengan penjenamaan Leica dan didalam kotak juga terdapat adapter pengecasan 90W HyperCharge, kabel pengecasan USB-A to USB-C dan bekas TPU berwarna gelap.

Walaupun terdapat isu mengenai penawaran adapter pengecasan didalam kotak, pihak Xiaomi Malaysia telah mengesahkan setiap unit Xiaomi 15 Series akan hadir adapter pengecasan didalam kotak.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 4

Reka Bentuk

Xiaomi 15 adalah sebuah telefon pintar yang tampil dengan rekaan asas bagi sebuah telefon pintar dan rekaan yang kompak memberikan cengkaman yang sangat baik ketika digunakan tanpa terlalu merengangkan jari anda.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 5

Selain itu, Xiaomi juga telah menambahbaik ergonomik telefon pintar ini dengan rekaan kerangka yang melengkung pada bahagian yang menyentuh panel gelas belakang dan bukanya panel gelas hadapan seperti pada generasi sebelum ini.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 6

Bercakap mengenai pilihan warna, Xiaomi 15 di Malaysia boleh dimiliki didalam warna White, Silver, Black, Green dan Liquid Silver yang agak terhad.

Seterusnya, telefon pintar ini memiliki kemasan panel belakang yang matte dan ini memberikan penampilan yang sentiasa bebas kesan capjari dan minyak. Kebanyakan pilihan warna adalah lembut dan sesuai dengan untuk apa juga persekitaran.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 7

Dalam pada itu, Xiaomi 15 juga memiliki kerangka aluminium aloi yang lasak bersama panel hadapan yang dilapisi gelas Xiaomi Shield Glass manakala panel belakang juga hadir dengan lapisan gelas yang tidak diketahui identitinya.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 8

Akhir sekali, telefon pintar ini juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68 yang bermaksud ianya berupaya untuk kekal kalis air sehingga ke kedalaman 1.5 meter untuk tempoh 30 minit namun kebanyakkan pengeluar Android sudah mula menawarkan peranti mereka dengan penarafan IP yang lebih tinggi dan menyeluruh.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 9

Skrin Paparan

Xiaomi 15 adalah sebuah telefon pintar yang kompak dengan skrin paparan berukuran 6.36-inci namun segala ciri panel ini membuktikan ianya tergolong didalam kategori flagship.

Sebagai permulaan, Xiaomi 15 memiliki panel OLED yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, 12-bit warna dan sokongan Dolby Vision serta kadar kecerahan sehingga 3,200nits.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 10

Selain itu, panel OLED yang digunakan adalah jenis LTPO yang bermaksud kadar segar semula skrin boleh jatuh sehingga kadar 10Hz pada sesuatu keadaan. Anda boleh menetapkan tiga kadar ‘refresh rate’ pada bahagian tetapan iaitu Default (Automatik) dan Custom yang memiliki dua kadar iaitu 60Hz atau 120Hz.

Seterusnya, panel Xiaomi 15 ini juga mempunyai rekaan bezel skrin yang sangat nipis iaitu hanya 1.38mm hasil penggunaan teknologi LIPO display packaging dan ini juga menyumbang kepada pengurangan bezel bawak sebanyak 20% berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu, Xiaomi 15 juga hadir dengan lapisan gelas keselamatan Xiaomi Shield Glass yang menawarkan ketahanan sehingga 10x ganda lebih baik berbanding gelas keselamatan yang digunakan pada Xiaomi 14.

Akhir sekali, telefon pintar Xiaomi ini merupakan telefon pintar pertama Xiaomi untuk hadir dengan Always-Active Display yang mana apabila diaktifkan ianya memaparkan maklumat seperti waktu, notifikasi applikasi walaupun peranti di kunci. Ianya berfungsi pada kadar segar semula serendah 1Hz yang memastikan impak kepada jangka hayat bateri adalah minima.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 11

Pemproses

Xiaomi 15 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang merupakan cip 3nm terbaru daripada Qualcomm yang turut digunakan pada Xiaomi 15 Ultra.

Turut diseratakan bersama cip terhebat Snapdragon ini adalah 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS 4.0. Agak mengecewakan adalah varian 16GB dengan storan dalaman sehingga 1TB tidak ditawarkan untuk pasaran global.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 12

Seterusnya, Xiaomi 15 ini dikuasakan HyperOS 2.0, generasi kedua sistem operasi terbaru syarikat ini dan ianya boleh dikatakan secara asasnya masih memiliki DNA MIUI jika anda sudah biasa dengan ekosistem Xiaomi. Rekaan UI dan ciri AI pada HyperOS ini adalah penambahan yang boleh dikita tekankan.

Ciri AI pada Xiaomi 15 ini dikenali sebagai HyperAI dan didalamnya juga termasuk Gemini dimana anda boleh meminta Gemini melakukan banyak perkara, malah mengolan keseluruhan perbualan. Ia boleh memberi anda idea tentang apa yang hendak dimasak berdasarkan foto kandungan peti sejuk anda, atau anda  meminta idea lukisan atau buku untuk dibaca. Gemini juga boleh mencipta imej untuk anda berdasarkan penerangan yang anda berikan.

Selain itu, Circle to Search juga disertakan secara menyeluruh pada HyperOS dan anda boleh mengaktifkanya dengan menekan butang ‘bottom bar’ dan membuat carian tentang apa sahaja yang dipaparkan pada skrin dan ini termasuk muzik.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 13

Selain Gemini, ciri AI pada Xiaomi 15 adalah amat menyeluruh dan Xiaomi juga telah mengumpul kesemua ciri ini pada satu bahagian untuk rujukan dan cara penggunaan.

  • Aplikasi Notes boleh mengubah teks dalam pelbagai cara. Anda boleh melakukan terjemahan, membaca semula, ringkasan dan AI layout .
  • Aplikasi Gallery pula boleh melakukan pemadaman objek serta penjanaan demi pengembangan latar belakang dan tugasan yang serupa. Anda juga boleh menjana video pendek daripada imej statik.
  • Aplikasi Recorder boleh melakukan transkripsi automatik dengan pengesanan dan pemisahan pembesar suara, dan anda boleh menterjemah transkripsi.
  • AI Subtitle –  Anda boleh mengaktifkan ciri secara menyeluruh pada semua kandungan multimedia. Terdapat juga ciri AI Interpreter yang boleh melakukan kedua-dua terjemahan bersemuka dan terjemahan panggilan secara langsung.

Bercakap mengenai pelan kemaskini OS dan keselamatan berkala dari Google, Xiaomi menjanjikan 4 kemaskini OS yang bermaksud anda akan menerima sehingga Android 19 manakala kemaskini keselamatan pula adalah selama 6 tahun.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 14

Kamera

Xiaomi 15 mewarisi hampir keseluruhan sistem kamera  Xiaomi 14. Ini menjadikannya sebagai sebuah flagship kompak yang mempunyai sistem kamera yang lengkap dan berkuasa. Apa yang ditukar oleh Xiaomi pada Xiaomi 15 adalah sensor telefoto. Daripada Samsung ISOCELL JN1, sensor telefoto kini adalah ISOCELL JN5 dan ditambah dengan lensa baharu yang menawarkan zoom optikal 2.6x.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 15

Selain itu, sensor utama Xiaomi 15 adalah sama iaitu berasaskan sensor OmniVision OVX9000 Light Fusion 900. Sensor Ultrawide juga tidak berubah iaitu  sensor Samsung ISOCELL JN1. Kamera swafoto juga sama  iaitu sensor OmniVision OV32B 32MP.

Seterusnya, Xiaomi mendakwa bahawa Xiaomi Imaging Engine (AISP 2.0) akan memastikan tona yang konsisten pada semua kamera kerana tetapan ‘white balance’ dan ‘exposure’ diambil daripada sensor utama yang sentiasa aktif.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 16

Bercakap mengenai kualiti gambar, sensor utama Xiaomi 15 ternyata mampu memberikan anda hasil gambar yang cukup baik setaraf gred flagship manakala sensor ultrawide yang menawarkan 2x zoom optikal juga memberikan imej yang berkualiti dan tidak kelihatan palsu serta mampu menyaingi hasil gambar setaraf sensor utama.

Dalam pada itu, kerjasam Xiaomi dengan Leica juga membolehkan Xiaomi 15 menawarkan fotografi portrait yang lebih menyeluruh pada 4 kadar zoom iaitu 23mm dan 35mm menggunakan sensor utama dan 60mm dan 75mm menggunakan sensor telefoto.

Dari segi hasil gambar pula, tidak banyak kekurangan untuk diperkatan dan penggaburan latar belakang juga hampir sempurna.

Secara keseluruhanya, sistem kamera Xiaomi 15 ternyata mampu memberikan pengguna sebuah sistem kamera yang serba lengkap untuk kesemua waktu penggambaran dan Xiaomi juga harus diberikan pujian kerana tidak menggunakan alasan telefon pintar kompak untuk menawarkan sistem kamera yang tidak setaraf gred flagship.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 34

Bateri

Xiaomi 15 hadir dengan Xiaomi Surge Battery berkapasiti 5,240mAh yang dimuatkan pada ‘form factor’ yang sangat kompak dengan ketebalan hanya 8.08mm dan berat 191grqm.

Selain itu, telefon pintar ini juga hadir dengan pengecasan 90W HyperCharge yang mampu memberikan pengecasan 0-100% didalam masa 45 minit dan ianya turut membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar 50W Wireless HyperCharge.

Selain itu, cip pengecasan pantas pintar Xiaomi Surge P3 dan cip pengurusan bateri Xiaomi Surge G1 berfungsi seiring dan hasilnya jangka hayat bateri ditingkatkan manakala ketahanan bateri dimana walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan, kapasiti bateri kekal pada tahap melebihi 80%.

ULASAN : Xiaomi 15 - Flagship kecil Premium yang membawa fotografi Leica 35

Penutup

Pelancaran Xiaomi 15 didalam kategori flagship yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite membuktikan bahawa Xiaomi percaya masih ada permintaan untuk telefon pintar flagship bersaiz kecil.

Walaupun pasaran flagship didominasi telefon pintar bersaiz besar, Xiaomi 15 adalah model yang pasti mendapat perhatian rasai kerana rekaan dan saiz yang kompak.

Selain itu, Xiaomi juga harus diberikan pujian kerana telefon pintar flagship terbaru syarikat ini diberikan rawatan yang sama seperti flagship lain dipasaran dengan ciri pemprosesan terbaik Snapdragon dan bateri tahan lama.

Dapatkan Xiaomi 15 pada harga yang bermula dari RM 3,499 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.