HONOR Malaysia bakal adakan jualan Raya – diskaun sehingga RM 1,100 berserta hadiah percuma

Hari Raya bakal menjelang tiba dan ramai sudah tidak sabar meraikan lebaran bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, HONOR Malaysia mengumumkan jualan HONOR Raya Sale yang akan bermula pada 24 Mac, jam 8 malam sehingga 27 Mac 2025 di kedai rasmi HONOR menerusi laman sesawang HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Semasa promosi masa terhad ni, pelanggan boleh menikmati penjimatan besar dengan diskaun sehingga RM1,100 untuk telefon pintar, tablet, dan komputer riba HONOR yang terpilih.
Setiap pembelian juga akan disertakan dengan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM1,446. Sebagai bonus tambahan, pelanggan yang berbelanja RM1,500 ke atas juga akan menerima cerek HONOR Thermal Insulation Kettle bernilai RM129 secara PERCUMA, sementara stok ada, eksklusif semasa tempoh promosi ini.
HONOR Raya Sale adalah peluang terbaik untuk menghadiahkan peranti baharu kepada insan tersayang dan diri sendiri pada musim perayaan ini.
Berikut senarai peranti pada harga diskaun dan hadiah percuma sempena HONOR Raya Sale.