Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 14 Series 5G kini rasmi di Malaysia – Soloz dan Team Vamos dilantik sebagai Chief Gaming Officer

realme 14 Series 5G kini rasmi di Malaysia - Soloz dan Team Vamos dilantik sebagai Chief Gaming Officer 1

realme 14 Series 5G kini rasmi di Malaysia - Soloz dan Team Vamos dilantik sebagai Chief Gaming Officer 2

realme secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar realme 14 Series 5G di Malaysia yang bakal mentakrifkan semula pengalaman gaming, ia juga tampil dengan rekaan Mecha yang berani dan futuristik yang direka dengan teknologi tepat, menjadikannya peranti terbaik untuk gamer yang mahu prestasi dan gaya.

realme 14 Series 5G kini rasmi di Malaysia - Soloz dan Team Vamos dilantik sebagai Chief Gaming Officer 3

Terus ke spesifikasi, realme 14 5G memiliki skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+, cip Snapdragon 6 Gen 4 dengan mata AnTuTu melebihi 810,000, 8GB atau 12GB RAM, storan dalaman 128GB/256GB, bateri 6,000mAh yang mampu menawarkan sehingga 10.5 jam waktu permainan video tanpa henti.

realme 14 Series 5G kini rasmi di Malaysia - Soloz dan Team Vamos dilantik sebagai Chief Gaming Officer 4

Dalam pada itu, realme 14 5G juga hadir dengan sistem penyejukan Bionic dengan ruang penyejukan yang seluas 6050 meter persegi—yang terbesar dalam segmen harganya. Ianya juga tampil dengan sensor utama 50MP bersama sensor sampingan.

realme 14 Series 5G kini rasmi di Malaysia - Soloz dan Team Vamos dilantik sebagai Chief Gaming Officer 5

Lebih lanjut, realme 14 5G juga akan hadir dengan realme UI 6.0 yang berasaskan Android 15, penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69 dan kamera selfie 16MP.

Seterusnya, bersempena dengan pelancaran realme 14 5G Series di Malaysia, realme juga telah mengumumkan bahawa Soloz dan Team Vamos telah dilantik sebagai Chief Gaming Officers.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.