Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Pad X9a akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mac ini

HONOR Pad X9a akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mac ini 1

HONOR Pad X9a akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mac ini 2

Baru-baru ini , pihak HONOR Malaysia telah mengesahkan bahawa 5 produk terbaru syarikat ini akan memasuki pasaran tempatan didalam waktu terdekat dan sehubungan dengan itu, identiti salah satu produk tersebut kini telah didedahkan.

Produk yang dimaksudkan adalah tablet HONOR X9a WiFi yang akan ditawarkan di Malaysia bermula 26 Mac ini dan ianya dijangka akan meneruskan populariti HONOR X9 yang merupakan tablet terlaris didalam segmen harga bagi tahun 2023.

Antara spesifikasi HONOR X9a yang telah disahkan adalah skrin paparan 2.5K HONOR FullView berukuran 11.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz,bateri 8300mAh dengan pengecasan 35W HONOR SuperCharge pada rekaan yang ringan dan nipis.

Selain itu, HONOR Pad X9a juga direka sebagai peranti produktiviti yang versatil dimana tablet ini turut hadir dengan papan kekunci dan stylus percuma, membolehkan pengguna bekerja, mencatat nota, dan melakukan pelbagai tugas dengan mudah, menjadikannya teman yang sempurna untuk kerja dan hiburan.

HONOR Pad X9a versi WiFi akan menjadi peranti pertama daripada HONOR yang akan dijual secara rasmi pada 26 Mac 2025, nantikan pengumuman harga.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.