Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Malaysia bakal lancar 5 peranti baharu dibawah Alpha Plan

HONOR Malaysia bakal lancar 5 peranti baharu dibawah Alpha Plan 1

HONOR Malaysia bakal lancar 5 peranti baharu dibawah Alpha Plan 2

HONOR telah mengumumkan bahawa lima peranti baharu bakal dilancarkan di Malaysia, sekaligus memperluaskan lagi rangkaian produk pelbagai senario yang sedia ada.

Berdasarkan peralihan jenama di bawah HONOR ALPHA PLAN yang diumumkan pada Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025 baru-baru ini, HONOR terus berkembang daripada pengeluar telefon pintar kepada peneraju global dalam ekosistem peranti yang dipacu oleh AI dalam menyampaikan penyelesaian inovatif kepada pengguna di seluruh dunia.

Sejak dulu lagi, HONOR menawarkan portfolio produk yang pelbagai seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, fon telinga dan jam tangan pintar.

Dengan pelancaran baharu ini, HONOR akan memperkenalkan produk-produk baharu ke Malaysia, mengukuhkan komitmen jenama ini dalam memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna bagi meningkatkan kehidupan harian mereka.

Maklumat lanjut mengenai produk baharu HONOR ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelancaran rasmi dan bersedia untuk merasai pengalaman teknologi semua senario HONOR yang terkini di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.