vivo V50 kini rasmi di Malaysia dengan 3 kamera flagship 50MP ZEISS – harga dari RM 1,899

vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru V-Series iaitu vivo V50 pada harga dari RM 1,999.
vivo V Series tahun ini hanya tampil didalam satu model iaitu vivo V50 dan ianya menampilkan rekaan premium dengan teknologi kamera flagship ZEISS.
Terus ke spesifikasi, vivo V50 hadir dengan skrin paparan Quad-Curver berukuran 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 15% manakala prestasi GPU pula adalah 50% lebih baik berbanding generasi sebelum ini bersama 8/12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.
Seterusnya, vivo mempertaruhkan ZEISS All Main Camera pada vivo V50 iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 50MP dan kamera selfie 50MP dengan pemfokusan auto.
Beralih kepada bateri, vivo V50 memiliki bateri BlueVolt berkapasiti 6,800mAh bersama pengecasan pantas 90W FlashCharge yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 58 minit.
Lain-lain ciri vivo V50 adalah ColorOS 15 yang berasaskan Android 15, AI Aura Light 2.0, penarafan IP68 & IP69, dual stereo speaker dan ciri AI.
vivo V50 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Satin Black, Mist Purple dan Ancora Red pada harga RM 1,899 bagi versi 8/256GB (eksklusif online), RM 1,999 bagi versi 12/256GB dan RM 2,399 bagi versi 12/512GB.
Dapatkan vivo V50 di SINI