Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi dengan cip Exynos 1580, Galaxy AI dan 6 kemaskini Android
Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Galaxy A Series yang terdiri daripada tiga model iaitu Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G.
Pada artikel ini kita akan memfokuskan kepada Samsung Galaxy A56 5G yang merupakan model paling premium didalam keluarga Galaxy A Series yang baharu ini.
Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A56 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksima 1,200nits (HBM). Ianya dilapisi gelas Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang bersama kerangka aluminium.
Selain itu, Galaxy A56 ini hadir dengan pemproses Exynos 1560 (37% lebih berkuasa berbanding cipset pada Galaxy A55) bersama 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Galaxy A56 ini juga hadir dengan One UI 7 yang membawakan ciri Galaxy AI dan akan menerima 6 tahun kemaskini Android bersama 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.
Seterusnya, Galaxy A56 ini hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 12MP f/2.2 dan sensor makro 5MP f/2.4 manakala kamera selfie adalah 12MP f/2.2. Kesemua kamera ini beroperasi dengan algoritma yang dikuasakan AI.
Dalam pada itu, Galaxy A56 5G ini memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W yang sama seperti pada peranti flagship Galaxy S Series iaitu Super Fast Charge 2.0 yang mampu memberikan 65% pengecasan didalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 68 minit.
Menyentuh sedikit mengenai rekaan, Galaxy A56 memiliki rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelum ini iaitu hanya 7.4mm manakala rekaan modul kamera adalah berbeza.
Akhir sekali, Samsung Galaxy A56 akan hadir didalam warna Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, dan Awesome Pink.
Harga bagi telefon pintar Galaxy A56 di Malaysia ini masih belum diumumkan namun Samsung kini menawarkan anda tawaran membeli ebaucar bernilai RM 100 bagi pembelian Galaxy A56 ini.
Samsung Malaysia mula tawar promosi ebaucar bagi Galaxy A Series





