Infinix NOTE 50 Series akan dilancarkan pada 3 Mac ini

Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa Infinix Note 50 Series semakin hampir untuk dilancarkan dan ianya hampir setahun selepas pelancaran Note 40 Series tahun lalu.
Infinix secara rasmi telah mula mengacah Note 50 Series di Indonesia, dan juga telah mendedahkan bahawa telefon pintar itu akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac.
Kami juga mendapat tangkapan salah satu pulau kamera telefon bimbit itu. Selain tarikh dan fakta bahawa mereka akan diselitkan dengan beberapa jenis AI, yang sebenarnya bukanlah satu kejutan besar, malangnya tiada butiran rasmi lain tentang mereka.
Selain i5tu, video teaser yang disiarkan di Instagram Infinix Indonesia juga mendedahkan rekaan telefon pintar ini yang termasuk rekaan modul kamera, rekaan sisi peranti yang melengkung dan Infinix AI.
Untuk rekod, sebanyak tujuh variasi Note 40 Series dilancarkan dan Note 50 juga mempunyai jumlah model yang sama namun ianya dijangka akan dilancarkan secara berperingkat.
Dalam pada itu, pensijilan FCC telah mengesahkan bahawa Note 50 akan mempunyai ketebalan 9 mm, dan menyokong pengecasan NFC, Wi-Fi dwi-jalur dan pengecasan berwayar 45W.