Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 16e dilancarkan dengan cip A18 dan Apple Intelligence- dari RM 2,999

Apple iPhone 16e dilancarkan dengan cip A18 dan Apple Intelligence- dari RM 2,999 1

Apple iPhone 16e dilancarkan dengan cip A18 dan Apple Intelligence- dari RM 2,999 2

Apple secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi keluarga baharu didalam iPhone 16 Series iaitu iPhone 16e yang secara asasnya merupakan pengganti kepada iPhone SE.

Terus ke spesifikasi, iPhone 16e ini hadir dengan skrin paparan OLED Super Retina XDR berukuran 6.1-inci dengan lapisan gelas Ceramic Shield dan Face ID.

Selain itu, iPhone 16e ini dikuasakan cip Apple A18 yang membawakan Apple Intelligence, USB-C, Action Button dan satu unit kamera 48MP dibelakang yang turut menawarkan 2x zoom lossless.

Dalam pada itu, Apple iPhone 16e juga menjadi iPhone pertama untuk hadir dengan modem keluaran syarikat ini iaitu C1 yang menawarkan fungsi seperti Emergency SOS, Roadside Assistance, Messages, dan Find My via Satellite. Ianya juga didakwa memiliki jangka hayat bateri terbaik pada telefon pintar 6.1-inci.

Apple iPhone 16e kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Black atau White pada harga dari RM 2,999 sehingga RM 3,499 mengikut storan dalaman (128GB,256GB, 512GB).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.