Xiaomi menerajui pasaran telefon pintar Malaysia dengan 14% pegangan pasaran

Canalys telah mengumumkan bahawa Xiaomi sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam kalangan vendor telefon pintar di Malaysia pada tahun 2024, mencapai 16% pegangan pasaran.
Selain itu, Xiaomi juga mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2% berbanding tahun sebelumnya, mengukuhkan kehadiran kukuhnya dalam pasaran.
Menariknya, Xiaomi terus melaksanakan strategi dwi-jenamanya yang memfokuskan pada dua barisan telefon pintar utama – iaitu Xiaomi dan Redmi. Siri Xiaomi memenuhi keperluan pengguna flagship premium dengan menawarkan ciri-ciri canggih, manakala siri Redmi kekal sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari peranti berprestasi tinggi pada harga yang boleh diakses.
Tahun lepas, Xiaomi melancarkan Redmi Note 13 Series dan Xiaomi 14 Series, yang kedua-duanya telah diterima baik kerana teknologi pengimejan mudah alih yang unggul, prestasi berkuasa dan reka bentuk moden yang anggun.
Meneruskan kejayaan ini, Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan siri Redmi Note 14 – seterusnya memenuhi keperluan pelbagai pengguna.
Dibelakang Xiaomi adalah Samsung dengan 14% pegangan pasaran, diikuti vivo dengan 13%, OPPO pula ditempat keempat dengan 12% manakala TRANSSION ditempat kelima dengan 11%.