Samsung Galaxy S25 Ultra telah dilancarkan secara rasmi – berharga dari RM 5,999

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship tahun 2025 mereka iaitu Samsung Galaxy S25 Series di majlis Samsung Unpacked yang berlangsung sebentar tadi.
Samsung Galaxy S25 Series tahun ini menyaksikan Samsung melancarkan empat model iaitu Galaxy S25, Galaxy S25+, Samsung Galaxy S25 Ultra dan ahli baharu iaitu Galaxy S25 Slim yang akan dilancarkan lewat tahun ini.
Now Brief akan memaparkan maklumat yang diperibadikan dan tindakan yang dicadangkan yang mungkin berguna kepada pengguna sepanjang hari. Contohnya, pada waktu pagi, Now Brief akan memaparkan ramalan cuaca dan Energy Score pengguna. Kemudian, ia boleh mencadangkan membuka Google Maps untuk navigasi dan memainkan muzik dalam perjalanan ke tempat kerja.
Dalam pada itu, Night Summary akan memaparkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan pada hari itu bersama-sama dengan statistik aktiviti harian seperti jumlah langkah yang dicatat pada hari itu.
Didalam artikel ini kita akan memfokuskan kepada Galaxy S25 Ultra yang merupakan model hero didalam keluarga Galaxy S25 Series.
Samsung Galaxy S25 Ultra
Samsung Galaxy S25 Ultra tampil dengan skrin paparan ‘flat’ Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.9-inci dengan resolusi QHD+ bersama kadar segar semula 1-120Hz. Panel skrin ini juga akan mempunyai kecerahan maksima sehingga 2,600nits.
Selain itu, panel Galaxy S24 Ultra ini juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Armor Glass 2 pada bahagian hadapan yang menjanjikan 29% lebih anti-retak dan 60% lebih kukuh dalam melindungi skrin paparan. Panel gelas belakang yang digunakan adalah Gorilla Victus 2.
Beralih kepada cipset, Samsung Galaxy S25 Ultra akan dikuaskan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang meruapakan cipset flagship terbaru daripada Qualcomm dan ianya turut disertakan 12GB RAM LPDDR5X dan tiga pilihan storan dalaman UFS 4.0 iaitu 256GB, 512GB dan 1TB. Ianya juga tampil dengan ruang wap yang 40% lebih besar berbanding Galaxy S24.
Seterusnya, Galaxy S25 Ultra juga akan hadir dengan ataramuka One UI 7.1 yang berasaskan Android 15 dan Samsung juga mengesahkan bahawa S25 Series akan menerima 7 generasi kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan Android.
Ke bahagian kamera, Galaxy S25 Ultra masih mengekalkan sistem kamera Quad Tele yang menampilkan pengguna sensor utama 200MP, sensor ultrawide 50MP yang menggantikan sensor 12MP, sensor telefoto 3x 10MP dan sensor periskop 50MP dengan 5x zoom optikal dan 10x zoom yang lebih baik. Kamera selfie masih merupakan sensor 12MP.
Dalam pada itu, Galaxy S25 Ultra juga membawakan beberapa ciri fotografi baharu seperti Virtual Aperture, Audio Eraser untuk memadam gangguan bunyi pada video, Galaxy Log untuk pelarasan ‘colour grading’, Portrait Studio yang lebih peribadi dan Filters untuk estetik warna gred profesional.
Seterusnya , Galaxy S25 Ultra juga disertakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang membawakan pengecasan Super Fast Charging 2.0 (45W) yang memberikan 0-65% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja. Ianya juga memiliki sokongan Fast Wireless Charging 2.0 dan Wireless PowerShare.
Dalam pada itu,Samsung berjaya mengekalkan kapasiti bateri yang sama pada kerangka yang lebih nipis yang menjadikanya model Ultra paling nipis pada kadar 15% lebih nipis berbanding S24 Ultra dengan berat sekitar 218 gram.
Lain-lain spesifikasi Galaxy S25 Ultra adalah Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, Stylus S-Pen (tanpa Bluetooth), NFC, Ultra Wide Band dan ciri Circle to search with Google, Gemini (percuma Gemini Advance untuk 6 bulan) dan Galaxy AI yang dipertingkatkan.

Samsung Galaxy S25 Ultra akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Titanium SilverBlue, Titanium WhiteSilver, Titanium Gray dan Titanium Black. 3 warna eksklusif Samsung Online adalah Titanium PinkGold, Titanium JetBlack dan Titanium JadeGreen.
Berikut adalah harga Samsung Galaxy S25 Ultra di Malaysia :
- Samsung Galaxy S25 Ultra 256GB – RM 5,999
- Samsung Galaxy S25 Ultra 512GB – RM 6,599
- Samsung Galaxy S25 Ultra 1TB – RM 7,799
Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan akan menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600 apabila mereka membuat pra-pesanan bagi Galaxy S25 Series. Dapatkan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model terpilih dan nikmati diskaun sehingga RM400 apabila anda membayar dengan kad bank CIMB. Jangan lupa untuk menebus e-baucar pra-pendaftaran anda bernilai sehingga RM600 dengan membuat pra-tempahan sekarang
Dapatkan Samsung Galaxy S25 Series di : http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s25-ultra/buy/






