Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S25 Series kini dibuka untuk pra-tempahan – harga lebih rendah

Samsung Galaxy S25 Series kini dibuka untuk pra-tempahan - harga lebih rendah 1

Samsung Galaxy S25 Series kini dibuka untuk pra-tempahan - harga lebih rendah 2

Samsung Galaxy S25 Series baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Samsung Unpacked 2025 dan berita baik kepada pengguna di Malaysia, telefon pintar ini kini telah dibuka untuk pra-tempahan pada harga bermula dari RM 3,999.

Berdasarkan harga ini, boleh kita lihat bahawa harga Galaxy S25 Ultra telah melihatkan sedikit penurunan berbanding Galaxy S24 Ultra iaitu sebanyak RM 300. Dalam pada itu, Samsung Galaxy S25 juga RM 100 lebih rendah berbanding Galaxy S24 namun harga Galaxy S25+ pula meningkat sebanyak RM 100 bagi versi 256GB dan RM 200 bagi versi 512GB.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S25 Series di Malaysia :

  • Samsung Galaxy S25 256GB – RM 3,999
  • Samsung Galaxy S25 512GB – RM 4,599
  • Samsung Galaxy S25+ 256GB – RM 4,999
  • Samsung Galaxy S25+ 512GB – RM 5,599
  • Samsung Galaxy S25 Ultra 256GB – RM 5,999
  • Samsung Galaxy S25 Ultra 512GB – RM 6,599
  • Samsung Galaxy S25 Ultra 1TB – RM 7,799

Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan boleh menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600 apabila mereka membuat pra-pesanan bagi Galaxy S25 Series. Dapatkan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model terpilih dan nikmati diskaun sehingga RM400 apabila anda membayar dengan kad bank CIMB.

Jangan lupa untuk menebus e-baucar pra-pendaftaran anda bernilai sehingga RM600 dengan membuat pra-tempahan sekarang.

Bukan itu sahaja! Samsung juga menawarkan program trade-in dan jimat sehingga RM4,415. Layari Samsung Trade In | Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Dapatkan Galaxy Tab, Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih dengan diskaun 30% juga apabila anda membuat prapesan siri Galaxy S25.

Siri Galaxy S25 juga boleh dimiliki melalui  pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan dari bank yang terpilih.

Dapatkan Samsung Galaxy S25 Series di : http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s25-ultra/buy/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.