Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 Ultra – lebih nipis, ringan dan Galaxy AI lebih power

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Samsung Galaxy S25 Series baru sahaja dilancarkan di Samsung Unpacked 2025 yang telah menyaksikan syarikat gergasi Korea ini memperkenalkan model baharu Galaxy S yang tidak kurang hebatnya.
Mengetuai cabaran Samsung didalam pasaran telefon pintar global bagi tahun 2025 adalah Samsung Galaxy S25 Ultra yang kini tampil dengan reka bentuk lebih elegan dan cipset flagship terbaik dengan fokus kepada Galaxy AI yang lebih sempurna dan berkuasa.
Selepas diberikan akses awal kepada telefon pintar flagship Samsung, ini adalah pandang pertama kami mengenai Galaxy S25 Ultra yang kini telah mula ditawarkan di Malaysia.
Snapdragon 8 Elite for Galaxy
Samsung Galaxy S Ultra series adalah model yang sentiasa diberikan akses kepada cipset terbaik daripada Qualcomm dan tahun ini Galaxy S25 Ultra telah dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite for Galaxy.
Menariknya, Snapdragon 8 Elite for Galaxy adalah versi yang telah diubahsuai untuk menawarkan prestasi yang lebih tinggi berbanding cipset Snapdragon 8 Elite yang lain.
Beraama cip Snapdragon 8 Elite ini, Galaxy S25 Ultra akan ditawarkan dengan 12GB RAM bersama tiga pilihan storan dalaman iaitu 256GB, 512GB dan 1TB.

Reka Bentuk lebih elegan dan ringan
Samsung Galaxy S25 Ultra menampilkan reka bentuk yang lebih baik dimana Samsung berjaya mengurangkan berat keseluruhan telefon pintar ini tanpa sebarang ‘downgrade’ pada kapasiti bateri atau komponen dalaman.
Ini membolehkan Galaxy S25 Ultra tampil sebagai telefon pintar Galaxy S Ultra Series ternipis didalam sejarah iaitu 15% lebih nipis berbanding Galaxy S24 Ultra selain 15 gram lebih ringan.

Galaxy AI & One UI 7
Samsung Galaxy S25 Ultra meneruskan momentum kukuh yang dibina melalui Galaxy AI dan One UI 7 yang baharu tampil dengan beberapa ciri baharu seperti Now Bar yang akan menjadi menjadi titik akses untuk pengalaman mendalaman paling komprehensif yang pernah ditawarkan.
Bagi menetapkan standard keselamatan terbaharu, telefon pintar siri Galaxy S memberikan pengguna Galaxy lebih ketenangan fikiran di samping pemperibadian yang lebih baik. Untuk itu, Samsung telah membangunkan Personal Data Engine, kemajuan privasi yang berkuasa yang memastikan perlindungan data peribadi merentas aplikasi pada peranti. Data ini kemudian disimpan pada ruang yang selamat, dilindungi dengan kunci penyulitan yang diurus oleh Knox Vault.
Selain itu, setiap pembelian Galaxy S25 Series juga akan menerima langganan Gemini Advance dan 2TB storan awan selama selama secara percuma.
Dapatkan Samsung Galaxy S25 Ultra Sekarang!
Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan akan menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600 apabila mereka membuat pra-pesanan bagi Galaxy S25 Series. Dapatkan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model terpilih dan nikmati diskaun sehingga RM400 apabila anda membayar dengan kad bank CIMB. Jangan lupa untuk menebus e-baucar pra-pendaftaran anda bernilai sehingga RM600 dengan membuat pra-tempahan sekarang.

Bercakap mengenai pilihan warna, Samsung Galaxy S25 Ultra akan ditawarkan didalam warna Titanium Silverblue, Titanium Gray, Titanium Whitesilver dan Titanium Black manakala warna eksklusif di Samsung Online Store adalah Titanium Jadegreen, Titanium Pinkgold dan Titanium Jetblack.
Berikut adalah harga Samsung Galaxy S25 Ultra di Malaysia :
- Samsung Galaxy S25 Ultra 256GB – RM 5,999
- Samsung Galaxy S25 Ultra 512GB – RM 6,599
- Samsung Galaxy S25 Ultra 1TB – RM 7,799
Bukan itu sahaja! Samsung juga menawarkan program trade-in dan jimat sehingga RM4,415. Layari Samsung Trade In | Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Dapatkan Galaxy Tab, Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih dengan diskaun 30% juga apabila anda membuat prapesan siri Galaxy S25.
Siri Galaxy S25 juga boleh dimiliki melalui pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan dari bank yang terpilih.
Dapatkan Samsung Galaxy S25 Series di : http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s25-ultra/buy/