Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open kini rasmi di Malaysia

HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open kini rasmi di Malaysia 1

HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open kini rasmi di Malaysia 2

HONOR telah memperluaskan portfolio peranti wearable dengan penambahan dua peranti baharu iaitu HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open yang mengetengahkan reka bentuk bergaya dan berupaya meningkatkan kehidupan seharian pengguna dengan menyediakan ciri-ciri yang pintar dan mudah.

HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open kini rasmi di Malaysia 3

Jam tangan pintar flagship HONOR Watch 5 didatangkan dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan dan mempunyai fungsi menyeluruh untuk pengalaman pengguna yang tiada tandingan. HONOR Earbuds Open pula mentakrif semula keselesaan audio dengan rekaan telinga terbuka canggih bagi pengalaman mendengar yang lebih selamat dan imersif.

Kedua-dua peranti ini direka untuk disepadukan dengan HONOR Magic7 Pro tanpa sebarang gangguan, menghubungkan ekosistem yang saling berkait. 

HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open kini tersedia di seluruh negara

HONOR Watch 5 didatangkan dengan tali silikon berwarna Gold dan Black pada harga RM599. Manakala HONOR Earbuds Open tersedia dalam warna Polar Gold dan Polar Black pada RM699. Kedua-duanya boleh dibeli di HONOR Store, kedai atas talian HONOR Malaysia, Lazada dan Shopee. 

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open, kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.