Xiaomi Redmi Watch 5 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 359
Selain Redmi Note 14 Series, Xiaomi juga telah melancarkan jam tangan pintar Redmi Watch 5 untuk pasaran Malaysia.
Redmi Watch 5 menampilkan paparan terbesar dan paling terang yang digunakan pada jam tangan Redmi, Redmi Watch 5 memberikan pengguna paparan AMOLED 2.07-inci yang memiliki kecerahan 1500 nits, kadar segar semula 60Hz dan 324 ppi yang memberikan pengalaman gred perdana yang dipertingkatkan lagi dengan bezel 2mm ultra nipis.
Selain itu, ianya menawarkan jangka hayat bateri sehingga 24 hari yang memastikan pengalaman pemantauan kesihatan yang boleh dipercayai dan disesuaikan dengan pelbagai pilihan tali jam tangan, bingkai aloi aluminium premium dan rotating crown yang dikemas kini dioptimumkan untuk keselesaan dan fesyen.
Seterusnya, ianya turut memiliki motor linear terbina yang memberikan maklum balas haptik yang senyap dan tepat, manakala sokongan panggilan telefon Bluetooth dan pengurangan hingar dwi-mikromik memberikan kualiti panggilan yang jelas dalam persekitaran luar yang bising atau berangin.
Seterusnya, Redmi Watch 5 menampilkan algoritma kadar degupan jantung baharu yang meningkatkan ketepatan pemantauan kadar denyutan jantung untuk memberikan pengguna penjejakan sepanjang hari untuk kadar denyutan jantung, oksigen darah dan kualiti tidur.
Tidak ketinggalan, terdapat lebih daripada 150 mod sukan Redmi Watch 5, GNSS 5-sistem terbina dalam yang direka untuk penjejakan aktiviti luar yang tepat, manakala rintangan air 5ATM menjadikannya sesuai untuk peminat sukan akuatik.
Redmi Watch 5 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 459 namun boleh dimiliki pada harga RM 359 sahaja.