HONOR Earbuds Open dan Magic Watch 5 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 599 sahaja
Selain telefon pintar Magic7 Pro dan Porsche Design Magic7 RSR, HONOR Malaysia juga telah melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open.
Direka untuk keanggunan dan kefungsian, HONOR Watch 5 mempunyai skrin paparan 1.58″, jangka hayat bateri ultra lama sehingga 15 hari, penjejakan GPS yang tepat dan imbasan kesihatan satu klik untuk memantau kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan tahap oksigen dalam darah.
Jam pintar ini akan ditawarkan pada harga RM599 dengan tali silikon dalam warna Gold dan Black. Selain itu, HONOR Watch 5 juga boleh dimiliki secara percuma dengan pembelian HONOR Magic7 Pro.
HONOR Earbuds Open menembusi sempadan bahasa dengan sokongan perbualan masa sebenar melalui ciri AI Live Translation yang berupaya menterjemah sehingga 15 bahasa. Ciri ini menyokong telefon pintar HONOR yang dioperasikan oleh MagicOS 9.0 dan akan dilanjutkan ke peranti-peranti lain pada Mac 2025.
Direka daripada bahan silikon yang lembut, hipoalergen dan mesra kulit, alat pendengar ini mengutamakan keselesaan untuk semua jenis kulit. HONOR Earbuds Open akan ditawarkan didalam warna Polar Gold dan Polar Black pada RM699.
Pengguna boleh padankan HONOR Magic7 Pro mereka dengan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open untuk kemudahan dan hiburan sepanjang hari.
Kedua-dua peranti ini bakal ditawarkan di Malaysia mulai 17 Januari 2025 di HONOR Store, kedai dalam talian HONOR Malaysia, Lazada dan Shopee.