Redmi Turbo 4 dilancarkan dengan cip Dimensity 8400- Ultra
Xiaomi telah memulakan tahun 2025 dengan melancarkan Redmi Turbo 4 yang merupakan telefon pintar pertama dipasaran yang menggunakan cipset Dimensity 8400 dan cipset ini telah diubah suai syarikat ini yang membolehkanya tampil dengan nama Dimensity 8400-Ultra bersama 12/16GB RAM dan storan dalaman 256/512GB.
Selain itu, Redmi Turbo 4 hadir dengan skrin paparan LTPS OLED berukuran 6.77-inci dengan resolusi 1220p, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 3,200nits. panel ini hadir dengan lapisan gelas perlindungan Gorilla Glass 7i dan kamera selfie 20MP serta sensor capjari dalam skrin.
Beralih kepada bahagian belakang, Turbo 4 ini memiliki panel gelas yang disertakan dengan kemasan dwi-tona dan terdapat dua sensor kamera iaitu sath sensor utama 50MP LYT-600 yang mempunyai OIS dan sensor ultrawide 8MP.
Dalam pada itu, Turbo 4 juga memiliki penarafan kalis air dan habuk yang menyeluruh iaitu IP66/68/69, IR Blaster, Xiaomi HyperOS 2 yang berasaskan Android 15 dan bateri 6,550mAh dengan pengecasan pantas 90W.
Akhir sekali, Redmi Turbo 4 kini ditawarkan di China didalam warna black, white dan sea blue colors pada harga yang bermula dari CNY 1,999 (RM1,255).
Dalam pada itu, Redmi Turbo 4 akan memasuki pasaran global sebagai Poco X7 Pro pada 9 Januari ini.