Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic7 RSR Porsche Design kini rasmi

HONOR Magic7 RSR Porsche Design kini rasmi 1

HONOR Magic7 RSR Porsche Design kini rasmi 2

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar premium mewah Magic7 RSR Porsche Design yang  berasaskan Magic7 Pro namun dengan penambahbaikan yang menjadikanya lebih menarik dan mewah. Ianya turut dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite.

Terus ke spesifikasi, Magic7 RSR Porsche Design hadir dengan paparan LTPO OLED berukuran 6.8-inci dengan paparan 1 bilion warna dengan kadar kecerahan maksima mencecah 5,000nits dan memiliki lapisan gelas keselamatan yang 10x lebih kalis calar dan jatuhan. Ianya juga tampil dengan sensor capjari ultrasonic beralih dari sensor optikal yang digunakan pada Magic6 Pro.

HONOR Magic7 RSR Porsche Design kini rasmi 3

HONOR Magic7 RSR tampil dengan sensor telefoto 200MP yang merupakan sensor 1/1.4″ pada lensa 60mm yang memberikan zoom optikal 2.5x dan zoom digital 100x. Ianya ditambah dengan sensor LiDAR untuk meningkatkan kestabilan walaupun pada rakaman video 60fps.

Selain itu, sensor utama HONOR Magic7 RSR juga memiliki sensor utama 50MP 1/1.3″ dengan variable aperture (f/1.4-f/2.0) dengan OIS manakala sensor ultrawide juga sama iaitu sensor 50MP 122° yang turut boleh digunakan untuk fotografi makro.

Dalam pada itu, kamera selfie juga satu adalah lagi sensor 50MP 90° pada lubang berbentuk pil yang turut menempatkan 3D face scanner.

HONOR Magic7 RSR Porsche Design kini rasmi 4

Selain itu, Magic7 RSR juga membawakan sistem operasi MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15 dengan pelbagai ciri AI seperti AI Translation, Magic Portal 2.0 dan AI Deepfake Face Detection.

Beralih kepada bateri, Magic7 RSR memiliki bateri 5,850mAh dengan pengecasan pantas 100W, 80W pengecasan pantas tanpa wayar dan cip E2 bagi meningkatkan jangka hayat bateri dan kecekapan pengecasan.

Seterusnya, Magic7 RSR Porsche Design juga memiliki penarafan IP68 & IP69, NFC, pembesar suara stereo dan IR Blaster.

Dari segi pilihan warna, Honor Magic7 RSR Porsche Design hadir didalam warna Provence Purple dan Agate Ash (Gray) yang masing-masing adalah warna bagi kereta EV Porsche Taycan 4S dan Porsche 911 (992).

Akhir sekali, Magic7 RSR Porsche Design kini ditawarkan dipasaran China pada harga CNY 7,999 bagi versi 16/512GB dan CNY 8,999 bagi versi 24GB/1TB.

Dalam pada itu, tarikh pelancaran global masih belum namun kita mungkin dapat menyaksikanya pada pelancaran Magic7 Pro yang akan berlangsung pada 9 Januari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.