FAM dan Konami umumkan kerjasama yang menyaksikan skuad Harimau Malaya kini secara rasmi disertakan dalam permainan eFootball
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencipta sejarah sekali lagi apabila mengumumkan jalinan kerjasama terbaharunya bersama Konami eFootball.
Objektif jalinan kerjasama bersama salah satu syarikat multinasional hiburan dan permainan video Jepun ini adalah untuk menghubungkan bola sepak tradisional dengan dunia digital seterusnya membuka peluang baharu yang menarik bagi peminat Malaysia.
Buat julung-julung kalinya juga, skuad Harimau Malaya secara rasmi akan dipaparkan dalam eFootball di mana peminat kini boleh bermain sebagai pasukan kebangsaan mereka dengan pemain-pemain tempatan yang disayangi sekali gus memberikan peluang unik untuk mewakili negara mereka di padang maya global.
Selain itu, Konami dan FAM juga bakal melancarkan kempen eksklusif dan interaktif untuk menghubungkan eFootball bersama komuniti peminat bola sepak di Malaysia.
Kempen yang merangkumi pengaktifan khas, pertandingan serta acara yang direka untuk melibatkan peminat dengan cara unik serta menyerlahkan lagi semangat yang mendefinisikan budaya bola sepak Malaysia.
Apa yang lebih menarik lagi, Konami eFootball telah memperkenalkan kad status EPIC khas untuk legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali, bagi meraikan sumbangan ikoniknya kepada sukan ini. Kad status EPIC, sebahagian dari siri Harimau Malaya Stars, menonjolkan legasi beliau yang berkekalan dan menunjukkan komitmen kerjasama ini terhadap kecemerlangan bola sepak Malaysia.
Dengan kerjasama ini, Konami dan FAM berhasrat untuk memberi inspirasi kepada generasi peminat dan pemain bola sepak yang seterusnya, meraikan tradisi bola sepak Malaysia yang kaya sambil memperkenalkan cara baharu untuk berhubung dengan permainan ini.