Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : iQOO 13 – Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 1

iQOO 13 Malaysia

Pengenalan

iQOO 13 adalah antara telefon pintar pertama dipasaran dengan cip Snapdragon 8 Elite namun telefon pintar ini mencuri tumpuan kerana ianya adalah telefon pintar termurah yang beroperasi pada cipset terbaru dan paling berkuasa keluaran syarikat ini.

Selepas dilancarkan di pasaran China sebelum ini, iQOO 13 telah memasuki pasaran Malaysia dan telefon pintar ini juga mempunyai spesifikasi yang cukup baik untuk melayakkanya diletakkan bersama-sama peranti flagship yang lain.

Selain cip Snapdragon 8 Elite, iQOO 13 juga hadir dengan skrin paparan LTPO OLED 144Hz, tiga sensor 50MP pada bahagian belakang, bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 120W dan reka bentuk premium dengan kerjasama BMW Motorsports.

Walaubagaimanapun , iQOO 13 bukan lah satu-satunya model yang menawarkan cip Snapdragon 8 Elite di Malaysia, realme juga telah memperkenalkan GT 7 Pro baru-baru ini dan kedua telefon pintar ini juga mempunyai julat harga yang lebih kurang sama.

Mana satu yang lebih berbaloi untuk di miliki?, jom baca ulasan iQOO 13 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 3,499.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 2

Reka Bentuk

iQOO 13 tampil dengan reka bentuk yang boleh dikatakan hampir sama dengan iQOO 12 dimana modul kamera mempunyai saiz yang sama namun memiliki kosmetik yang sedikit berbeza. iQOO 13 tidak mempunyai gelung bergerigi seperti pada iQOO 12 namun ianya menebusnya dengan penawaran lampu RGB LED yang dikenali Monster Halo yang boleh ditetapkan untuk beberapa senario penggunaan.

Walaubagaimanapun, satu penambahan paling ketara adalah ‘ingress protection’ yang miliki telefon pintar iQOO 13 ini iaitu penarafan kalis air dan habuk IP68/IP69 berbanding iQOO 12 yang tidak mempunyai sebarang penarafan IP.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 3

Lebih lanjut, iQOO 13 masih mengekalkan penggunaan gelas pada panel hadapan dan belakang bersama kerangka aluminium yang berkilat.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 4

Dalam pada itu, iQOO 13 bagi pasaran Malaysia akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Alpha (Black) dan Legend (White) sama seperti unit ulasan yang kami terima dan ianya juga tampil dengan penjenamaan BMW M yang terjalin sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Secara keseluruhanya, iQOO 13 adalah telefon pintar yang agak sugar untuk dipegang dengan 100% keyakinan kerana panel belakang yang rata menjadiknya agak licin namun ianya tidak meninggalkan kesan capjari manakala rangka peranti ini adalah lebih mudah dipegang dengan kekurangan adalah kesan capjari sangat mudah kelihatan. Penyelesaian kepada masalah ini ada didalam kotak pembelian iaitu sarung silikon.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 5

Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan butang kelantangan bunyi manakala sisi kiri tidak mempunyai sebarang butang atau slot. Beralih kepada bahagian bawah, terdapat slot SIM, port USB-C, mikrofon dan gril pembesar stereo manakala pada bahagian atas terdapat  dua lagi mikrofon dan satu lagi gril pembesar suara.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 6Dalam pada itu, iQOO 13 juga memiliki profil yang nipis iaitu dengan ketebalan 8.13mm dan berat 213 gram mana ianya hampir 10 gram lebih berat berbanding iQOO 12.

Secara keseluruhan, iQOO 13 menawarkan anda pertukangan dan kualiti yang boleh dikatakan hampir setaraf kepada peranti premium flagship namun masih ada ruang untuk syarikat ini membaikinya pada generasi akan datang.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 7

Skrin Paparan

iQOO 13 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.82-inci yang memiliki resolusi 2K (3168×1440) dengan kepadatan 510ppi. Panel ini juga menyokong kadar segar semula 1Hz-144Hz bersama pensijilan HDR10+ dan mempunyai kecerahan maksima sehingga 1,800nits(HBM) serta 2,592z PWM Dimming.

Pada bahagian tetapan, anda boleh memilih untuk menetapkan pelbagai parameter skrin seperti warna, resolusi dan ciri Enhanced Display Effects.

Selain itu, panel adalah jenis LTPO yang menyokong kadar segar semula antara 1Hz sehingga 144Hz namun terdapat tiga mod kadar segar semula iaitu – High (sehingga 144Hz), Standard (sehingga 60Hz) dan Smart Switch yang pilih mengikut senario penggunaan dan sistem.

Dalam pada itu, iQOO 13 kini turut disertakan dengan sensor capjari jenis ultrasonic yang lebih baik dan pantas berbanding sensor optikal pada iQOO 12. Telefon pintar ini juga mempunyai IR Blaster pada modul kamera dan NFC 360°.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 8

Penggunaan skrin paparan 2K pada telefon pintar iQOO 13 meletakkanya sebagai antara paparan yang memberikan pengalaman visual yang imersif dan memuaskan tidak kira apa minat anda. Gaming atau menonton filem, iQOO 13 bersedia untuk menghiburkan anda.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 9

Pemproses

iQOO 13 menjadi telefon pintar kedua dipasaran Malaysia untuk hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite dan seperti kami maklumkan pada awal ulasan, telefon pintar ini tidak mengejar takhta pertama malah mahu menjadi antara yang termurah untuk menawarkan cip flagship ‘Naga’ ini.

Snapdragon 8 Elite hadir dengan teknologi fabrikasi 3nm yang memastikan kecekapan tenaga yang sangat baik. Ia menampilkan seni bina pemproses 2+6 okta-core serba baharu, yang mempunyai kelajuan terkemuka industri yang lebih melebihi 4GHz.

Bersama cip Snapdragon 8 Elite, iQOO 13 juga disertakan dengan 12GB RAM atau 16GB RAM jenis LPDDR5X Ultra dan storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS4.1.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 10

Seterusnya, iQOO 13 dikuasakan antaramuka ColorOS 15 yang berasaskan Android 15 dan kami baru sahaja menyelesaikan ulasan vivo X200 Pro yang memberikan kami gambaran jelas mengenai UI dan ciri-ciri pada telefon pintar ini.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 11

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 12ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 13

Antara ciri yang dikuasakan AI yang turut ditawarkan pada iQOO 12 adalah Note Assist, AI Transcript Assist, vivo Live Call Translation dan Circle to Search with Google.

Akhir sekali, iQOO juga telah mengesahkan bahawa ianya komited untuk menawarkan 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan berkala kepada iQOO 13 yang mana ianya sesuatu yang positif dan menjamin telefon pintar ini kekal relevan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 14

Kamera

iQOO 13 menampilkan tetapan kamera gred flagship dimana ianya menggunakan tiga sensor kamera beresolusi tinggi dibahagian belakang iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto periskop 50MP.

Sensor utama 50MP adalah sensor IMX921 dengan aperture f/1.9. Sensor ultrawide juga 50MP namun ianya adalah sensor Samsung (S5K)JN1 yang membawakan sokongan pemfokusan auto dan ini membolehkan sensor ini turut digunakan untuk fotografi makro diikuti sensor telefoto periskop 50MP IMX816 yang membawakan 2x zoom optik dan 10x zoom lossless.

Dalam pada itu, kamera selfie adalah 32MP yang dilihat mampu menawarkan pengguna pretasi kamera selfie yang memuaskan.

Bercakap mengenai kualiti gambar, sensor utama memberikan kami hasil gambar yang amat menarik namun masih ada ketidaksempurnaan yang kelihatan jelas yang menjadikanya sedikit masih belum berupaya untuk menawarkan kualiti fotografi seperti flagship.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 35

Bateri

iQOO 13 hadir dengan bateri berkapasiti 6,150mAh yang merupakan peningkatan sebanyak 1,150mAh berbanding bateri yang digunakan pada iQOO 12.

Selain itu, iQOO 13 juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 120W FlashCharge yang disertakan didalam kotak bersama kabel dan adapter pengecasan USB-C to USB-C yang agak jarang ditawarkan oleh pengeluar.

iQOO mendakwa bahawa teknologi pengecasan 120W ini mampu memenuhkan bateri iQOO 13 ke tahap 50% didalam masa 10 minit manakala pengecasan penuh akan selesai didalam masa 30 minit sahaja.

Selain itu, bagi yang arif tentang ketahanan bateri bagi tempoh jangka panjang, iQOO juga menawarkan plihan untuk menyahaktifkan pengecasan pantas dan memilih untuk mengecas peranti pada kaedah ‘optimized’.

ULASAN : iQOO 13 - Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite 36

Penutup

iQOO 13 sudah pastinya menjadi telefon pintar yang mendapat perhatian kerana ianya membawakan anda cipset Snapdragon 8 Elite pada harga paling kompetitif.

Sebagai hanya salah satu daripada dua telefon pintar yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite setakat ini, kelebihan mungkin terletak pada telefon pintar ini yang mempunyai harga jualan dari RM 3,499 ( ada juga diskaun RM 300 bagi pelajar dan pensyarah).

Selain itu, iQOO juga telah menambahbaik pelbagai aspen telefon pintar ini tanpa hanya memberikan pretasi cipset flagship dan ini adalah landasan yang terbaik untuk menyaksikan telefon pintar harga berpatutan yang serba lengkap.

Anda kini boleh mendapatkan iQOO 13 di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 3,499.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.