realme C75 akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember ini – telefon pintar lasak mampu milik
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme C75 akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember ini yang dilihat sebagai sebuah telefon pintar tahan lasak mampu milik dari syarikat ini.
Untuk itu, realme C75 ini hadir dengan penarafan kalis air dan habuk yang mana ianya menjadi telefon pintar pertama untuk memiliki penarafan IP66, IP68 dan IP69.
Selain itu, realme juga telah mengesahkan bahawa relame C75 ini juga akan hadir dengan rekaan yang premium iaitu dengan ketebalan 7.99mm dan berat 196gram.
Dalam pada itu, berdasarkan gambar yang dikongsi di facebook realme Malaysia, C75 juga akan memiliki sensor utama 50MP AI Camera bersama satu lagi sensor yang tidak diketahui spesifikasi nya.
Nantikan pelancaran rasmi realme C75 di Malaysia pada 17 Disember ini.