realme GT 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite dan bateri 6,500mAh – harga RM 3,699
realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship realme GT 7 Pro di Malaysia yang merupakan telefon pintar pertama dipasaran dengan cip Snapdragon 8 Elite.
Jom Baca : ULASAN : realme GT 7 Pro – Telefon pintar flagship Android terbaik bagi tahun 2024
Terus ke spesifikasi, realme GT 7 Pro hadir dengan skrin paparan Eco² Plus OLED berukuran 6.78-inci dengan kecerahan maksima mencecah 6,500nits dan kadar segar semula 120Hz.
Paling mencuri tumpuan sudah pastinya penggunaan cipset Snapdragon 8 Elite yang pertama kali ditawarkan di Malaysia dan ianya dipadankan dengan 16GB RAM dan 512GB storan dalaman.
Seterusnya, GT 7 Pro ini menampilkan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP IMX902, sensor telefoto 3x 50MP IMX882 dan sensor ultrawide 8MP IMX355. Ianya turut membawakan mod underwater photography yang pertama kali ditawarkan di industri dan telefon pintar ini juga memiliki penarafan IP69.
Dalam pada itu, realme GT 7 Pro juga memiliki bateri Silikon Anod berkapasiti 6,500mAh dengan pengecasan 120W Ultra Charge yang mampu menawarkan 100% pengecasan didalam masa 37 minit sahaja.
Lebih lanjut, GT 7 Pro juga hadir dengan NEXT AI yang membawakan pelbagai ciri AI seperti AI Sketch to Image, AI Motion Deblur, AI Telephoto Ultra Clarity, AI Gaming Frame Plus dan banyak lagi.
Lain-lain ciri realme GT 7 Pro adalah sensor capjari ultrasonic, kamera selfie 16MP, sistem penyejukan 11480mm² Iceberg VC, Wi-Fi 7, dan realme UI 6.0 yang berasaskan Android 15.
realme GT 7 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Mars Design dan Stellar Grey pada harga RM 3,699 dan setiap pembelian realme GT 7 Pro akan menerima realme Buds Air 5 dan 1 tahun lanjutan waranti yang bernilai sehingga RM 698.