Jualan rasmi HONOR X9c 5G bermula dengan HONOR Store dibanjiri bakal pembeli
HONOR X9c 5G telah mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia sejak diperkenalkan bulan lalu.
Pada hari pertama jualannya di seluruh negara, peminat telah berkumpul di hadapan stor HONOR dengan ada di antaranya tiba sebelum waktu operasi untuk menjadi antara yang pertama memiliki HONOR X9c 5G.
Selain keterujaan terhadap HONOR X9c 5G, beberapa peminat juga menunjukkan minat terhadap HONOR X7c 4G yang turut diperkenalkan semasa pelancaran rasmi, minggu lalu.
Para pembeli semasa tempoh pra-tempahan juga telah mengambil HONOR X9c 5G mereka, dengan menyatakan peningkatan ketahanan, penambahbaikan ciri-ciri, keupayaan Magic AI, dan rekaan premium peranti tersebut sebagai faktor utama untuk mereka membuat pembelian awal.
HONOR X9c 5G kini tersedia dalam dua konfigurasi storan: 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB pada RM1,499 dan 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 512GB pada RM1,699, dengan warna Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black yang menarik sebagai pilihan.
Pembelian ini boleh dilakukan di semua HONOR Stores di seluruh negara, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Baca
ULASAN : HONOR X9c 5G – Telefon pintar ‘King of Durability’ terbaharu di Malaysia
HONOR X7c 4G: Ketahanan Mampu Miliki dengan Bonus Perlindungan
Pada harga RM699, HONOR X7c 4G memberikan prestasi yang mengagumkan dengan RAM 16GB (termasuk 8GB HONOR Turbo RAM) dan storan 256GB. Ianya tersedia dalam warna Midnight Black dan Forest Green, telefon pintar yang bergaya dan unggul ini amat sesuai untuk kegunaan harian. Sebagai sebahagian daripada tawaran tempoh terhad, HONOR menambah jaminan Penggantian Retak Panel Hadapan & Belakang 365 Hari bernilai RM299 untuk pembelian atau pengaktifan peranti sebelum 16 December 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9c 5G dan HONOR X7c 4G, kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.