Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X200 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November ini

vivo X200 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November ini 1

vivo X200 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November ini 2

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo X200 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November ini.

Pengesahan rasmi dari pihak vivo Malaysia juga mengesahkan bahawa dua model vivo X200 Series yang akan ditawarkan di pasaran tempatan iaitu vivo X200 dan vivo X200 Pro.

vivo X200 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November ini 3

vivo X200 dan vivo X200 Pro telah dilancarkan dipasaran China pertengahan bulan lalu dan spesifikasi yang ditawarkan dipasaran tempatan juga hampir pasti adalah sama.

Ini bermaksud vivo X200 Pro akan hadir dengan skrin paparan LTPO quad-curved berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima mencecah 4,500nits dan sokongan Dolby Vision. X200   pula hadir dengan skrin paparan quad-curved berukuran 6.67-inci juga dengan spesifikasi panel yang sama.

vivo X200 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November ini 4

Seterusnya, X200 Pro dan X200 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400 yang dibangunkan bersama oleh Vivo dan cip 3nm ini juga disertakan dengan GPU 12-teras yang memastikan prestasi gaming luar biasa.

Dalam pada itu, Vivo X200 Pro hadir dengan bateri silikon anod generasi ke-3 berkapasiti 6,000mAh manakala X200 pula memiliki bateri 5,800mAh. Kedua model juga menawarkan sokongan pengecasan pantas 90W namun X200 Pro turut menyokong 30W pengecasan tanpa wayar.

Beralih kepada kamera, Vivo X200 Pro memiliki sistem tri-kamera dengan optik Zeiss T* dan cip pengimejan V3+. Sensor utama pada vivo X200 Pro adalah sensor 50MP Sony LYT-818 dengan teknologi Optical Precision Calibration manakala vivo X200 menggunakan sensor 50MP IMX921.

vivo X200 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 November ini 5

Selain itu, upgrade terbesar pada bahagian kamera ini adalah penggunaan sensor telefoto 200MP Zeiss APO yang menawarkan 3.7x zoom optikal dengan lensa f/2.67 namun  X200 hanya memiliki sensor telefoto 50MP dengan sensor 70mm f/2.6 dan 3x zoom.

Dua kamera lain yang ada pada X200 Pro dan X200 ini adalah sensor 50MP ultrawide dengan pemfokusan auto dan sensor selfie 32MP f/2.0.

Akhir sekali, vivo X200 Pro dan X200 akan hadir dengan penarafan IP69, RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Pelancaran rasmi vivo X200 di Malaysia akan berlangsung pada 19 November ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.