HONOR X7c dilancarkan dengan ciri tahan lasak pada harga RM 699 sahaja
Selain HONOR X9c 5G, HONOR Malaysia juga telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar lasak mampu milik iaitu HONOR X7c pada harga RM 699 sahaja.
HONOR X7c 4G tampil dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.77-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar kecerahan maksima sehingga 850nits.
Selain itu, X7c ini dikuasakan cip Snapdragon 685, bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB serta MagicOS 8.0 yang berasaskan Android 14.
Beralih kepada kamera, telefon pintar lasak kelas entry level HONOR ini juga memiliki sensor utama 108MP bersama sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.
Seterusnya, HONOR X7c 4G memiliki berkapasiti 6,600mAh bersama pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge, kalis air IP64 dan pembesar suara stereo.
HONOR X7c 4G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 dan anda juga akan menerima perlindubgan retak skrin & panel belakang 365 hari secara percuma.