Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung sahkan Galaxy AI akan menyokong 20 jenis bahasa menjelang hujung tahun 2024

Samsung sahkan Galaxy AI akan menyokong 20 jenis bahasa menjelang hujung tahun 2024 1

 

Samsung sahkan Galaxy AI akan menyokong 20 jenis bahasa menjelang hujung tahun 2024 2
Samsung secara rasminya telah mengumumkan bahawa Galaxy AI akan menawarkan sokongan bagi empat bahasa baharu iaitu bahasa Turki, Belanda, Sweden dan Romania. Bahasa yang disokong sedia ada juga akan berkembang untuk meliputi dialek tambahan dalam bahasa Cina dan Portugis tradisional (Eropah).

Sokongan bahasa baharu Galaxy AI ini telah mula ditawarkan bermula akhir Oktober.

Samsung sahkan Galaxy AI akan menyokong 20 jenis bahasa menjelang hujung tahun 2024 3

Galaxy AI kini menyokong 16 bahasa, dan menjelang akhir tahun jumlah itu akan meningkat kepada 20 dengan penambahan baharu ini.

Kemas kini ini bermakna lebih ramai pengguna akan dapat mengurangkan halangan bahasa dan melangkah ke dunia yang lebih besar dengan kuasa Galaxy AI.

Bahasa dan dialek baharu akan tersedia untuk dimuat turun sebagai pek bahasa dibahagian Setting pada peranti Galaxy yang terpilih.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.