Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 7 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 18 November – pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite

realme GT 7 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 18 November - pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite 1

realme GT 7 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 18 November - pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite 2

realme telah mengumumkan bahawa ianya akan memperkenalkan realme GT 7 Pro pada 18 November 2024, 6 petang di Pavilion Bukit Jalil sebagai telefon pintar paling flagshp paling berkuasa tinggi yang pernah dikeluarkan syarikat ini.

realme GT 7 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 18 November - pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite 3

Sebagai telefon pintar pertama di Malaysia dengan pemproses Snapdragon 8 Elite (Snapdragon 8 Gen 4), peranti bakal menawarkan prestasi yang membolehkan pengguna meneroka ciri AI dan keupayaan fotografi tahap baharu.

Kembalinya siri GT Pro menandakan usaha realme untuk merombak pasaran flagship tempatan. telefon pintar GT Pro terkahir di Malaysia adalah realme GT 2 Pro, yang dilancarkan pada Mac 2022.

realme GT 7 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 18 November - pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite 4

Meneruskan tema ‘Terokai yang belum diterokai’, realme menjemput rakyat Malaysia untuk melampaui kebiasaan dan mengharungi era baharu kemajuan teknologi.

Realme GT 7 Pro akan menampilkan lima inovasi pertama seumpamanya, termasuk pemproses Snapdragon 8 Elite.

realme GT 7 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 18 November - pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite 3

Dikuasakan oleh teras CPU Oryon tersuai, Snapdragon 8 Elite yang baru diperkenalkan ini mendahului kedudukan SoC dengan skor penanda aras AnTuTu yang melebihi 3 juta. Dengan dua teras utama yang mempunyai kelajuan 4.32GHz dan enam teras prestasi pada kadar 3.53GHz, pemproses 3nm pertama Qualcomm Snapdragon ini adalah cipset kelas flagshup terbaik yang pernah ada, menawarkan lebih daripada 40% peningkatan dalam prestasi CPU dan GPU berbanding Snapdragon 8 Gen 3 .

Selain itu, realme GT 7 Pro menampilkan skrin paparan OLED RealWorld Eco² yang dibangunkan bersama Samsung yang menawarkan gamut warna DCI-P3 120%; bateri Silikon Anod terbesar di dunia dengan gabungan hayat bateri terbaik dalam industri; dan kamera AI Ultra-clear Snap yang disertakan dengan kanta telefoto periskop dan mod fotografi bawah air pertama industri, yang mampu mengambil gambar yang menakjubkan di bawah air.

realme GT 7 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 18 November - pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite 6

Dark Horse of AI

Di sebalik perkakasan yang luar biasa, realme GT 7 Pro menawarkan ciri AI yang inovatif seperti AI Sketch to Image, AI Motion Deblur, AI Gaming Super Resolution dan banyak lagi sekaligus mengukuhkan kedudukan realme sebagai kuasa baharu dalam inovasi AI.

Seterusnya, AI Sketch to Image mampu menukarkan lakaran kasar yang dilukis dengan tangan kepada imej berkualiti tinggi dengan gaya berbeza untuk dipilih oleh pengguna. Bersama-sama dengan ciri AI lain, realme GT 7 Pro memperkasakan peminat teknologi dan pencipta untuk meneroka ufuk baharu dalam produktiviti dan kreativiti.

Saksikan siaran langsung pelancaran realme GT 7 Pro di Facebook dan YouTube pada 18 November ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.