Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9c 5G akan dilancarkan pada 5 November – tempah sekarang pada harga RM9 sahaja

HONOR X9c 5G akan dilancarkan pada 5 November - tempah sekarang pada harga RM9 sahaja 1

HONOR X9c 5G akan dilancarkan pada 5 November - tempah sekarang pada harga RM9 sahaja 2

HONOR Malaysia telah mengumumkan telefon pintar Ultra-Tough Triple Defense iaitu HONOR X9c 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November 2024.

Pelancaran ini boleh diikuti secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 7 malam untuk menyaksikan telefon King of Durability baharu dengan ketahanan dan prestasi yang dipertingkatkan.

HONOR X9c 5G akan dilancarkan pada 5 November - tempah sekarang pada harga RM9 sahaja 3

Tempahan Early Bird Special HONOR X9c 5G Bermula Sekarang!

HONOR Malaysia juga teruja untuk mengumumkan bahawa tawaran Early Bird Special HONOR X9c 5G kini telah dibuka sebelum pelancaran peranti tersebut.

Anda hanya perlu meletakkan deposit sebanyak RM9 bagi membeli HONOR X9c 5G dan menikmati faedah eksklusif mulai hari ini sehingga 4 November 2024, jam 3 petang.

HONOR X9c 5G akan dilancarkan pada 5 November - tempah sekarang pada harga RM9 sahaja 4

Pelanggan terawal akan menerima pakej hadiah premium bernilai RM1,486, termasuk Pelan Jaminan Tiga Tahap yang mengandungi Penggantian Retak Panel Hadapan  & Belakang 365 Hari, polisi Penggantian One-to-One 180 Hari, dan Jaminan bateri 36 Bulan.

Selain itu, pengguna juga akan menerima jam tangan HONOR Choice Haylou secara percuma dan rebat segera RM99 setelah pembayaran akhir dibuat.

Tempahan kini boleh dibuat melalui HONOR Official Store, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

HONOR X9c 5G akan dilancarkan pada 5 November - tempah sekarang pada harga RM9 sahaja 5

Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai Sehingga RM1,500 Menanti Pembeli Early Bird Special

Lebih menarik, pembeli Early Bird Special juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah. Seramai 10 pemenang bertuah akan menerima pulangan tunai RM1,500, manakala 300 pemenang lain akan membawa pulang pembersih HONOR Choice Robot Cleaner R2  bernilai RM1,299. Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan cabutan bertuah Early Bird Special ini, sila kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.