Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ – Tablet Premium yang membawa Galaxy AI

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 1

Samsung Galaxy Tab S10+ Malaysia Pengenalan

Samsung membuat kejutan apabila telah melancarkan table flagship terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Tab S10 Series bersama Galaxy S24 FE baru-baru ini.

Lebih mengejutkan adalah, Samsung hanya melancarkan dua model tablet iaitu Galaxy Tab S10+ dan Galaxy Tab S10 Ultra yang bermaksud Galaxy Tab S10 tidak dilancarkan.

Bersama kami adalah Galaxy Tab S10+ yang hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 12.4-inci bersama cip gred flagship MediaTek Dimensity dan penawaran Galaxy AI.

Sebagai sebuah tablet premium, Samsung Galaxy Tab S10+ mempunyai harga yang bermula dari RM 4,599 bagi versi WiFi (12/256GB) dan RM 5,249 bagi versi 5G (12/256GB).

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Tab S10+ yang kini telah ditawarkan di Malaysia.

Jom tengok unboxing Galaxy Tab S10+ :

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 2

Reka Bentuk

Reka bentuk tablet boleh dikatakan sudah mencapai tahap yang tertinggi dimana tablet secara asasnya hadir dengan rekaan yang sangat nipis sesuai dengan reputasi peranti ini sebagai pengganti kepada komputer riba.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 3

Samsung Galaxy Tab S10+ adalah sebuah tablet yang besar namun ianya memiliki ketebalan hanya 5.6mm dengan berat sekitar 571gram sahaja.

Menariknya, Samsung menggunakan chasis Enhanced Armor Aluminum yang terbukti lebih tahan lasak seperti apa yang digunakan pada barisan telefon pintar flagship Galaxy S Series dan Galaxy Z Series.

Walaubagaimanapun, Galaxy Tab S10+ ini masih memiliki rekaan yang sama seperti  Galaxy Tab S9+ namun ianya adalah lumrah didalam peranti tablet yang mana perubahan reka bentuk yang ketara adalah hampir kepada mustahil.

Seterusnya, Galaxy Tab S10+ ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Moonstone Gray dan Platinum Silver seperti unit ulasan kami.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 4

Lebih lanjut, Galaxy Tab S10+ ini memiliki dua posisi untuk melekapkan stylus S Pen kepada tablet ini iaitu pada bahagian belakang iaitu dibawah modul kamera dan sisi atas peranti ketika pada mod landskap. Pengecasan S Pen ini hanya boleh dilakukan melalui

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 5

Bercakap mengenai S Pen, Samsung menyertakan S Pen berwarna putih didalam kotak pembelian yang pastinya amat berguna kepada pengguna dan setiap pembelian juga akan menerima papan kekunci Book Cover Slim – AI Key secara percuma.

Dalam pada itu, Galaxy Tab S10+ ini juga mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP68 yang membolehkanya digunakan dimana sahaja pada bila-bila masa.

Lebih lanjut, Tab S10+ juga memiliki jalur antena dan pembesar suara stereo yang sangat lantang dan ini menjadikanya amat ideal sebagai peranti hiburan.

Secara keseluruhan, Galaxy Tab S10+ memberikan anda kualiti rekaan setaraf kebanyakkan tablet premium dipasaran dan penawaran S Pen didalam kotak adalah bonus tambahan kerana anda tidak perlu membeli stylus secara berasingan seperti untuk tablet Apple iPad.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 6

Skrin Paparan

Samsung Galaxy Tab S10+ hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 12.4-inci yang memiliki resolusi 2800 x 1752 piksel dengan kadar segar semula 120Hz.

Panel 12.4-inci Galaxy Tab S10+ ini juga memiliki lapisan anti silau yang membolehkanya lebih selesa digunakan walaupun pada keadaan cahaya yang bersinar terus pada skrin.

Tidak dapat dinafikan, panel Dynamic AMOLED 2x yang digunakan pada tablet ini adalah antara yang terbaik dipasaran khususnya pada tablet Android.

Seperti biasa dengan panel yang dikeluarkan oleh Samsung, Tab S10+ memberikan anda pengalaman visual yang sangat memuaskan dengan penghasilan warna yang lebih menonjol.

Bagi kami, bezel hitam disekeliling skrin adalah sedikit tebal namun dengan rekaan chasis yang nipis, Samsung mungkin terpaksa menggunakan bezel yang lebih besar untuk menempatkan komponen tertentu pada bahagian tersebut.

Lebih lanjut, Kombinasi skrin dan pembesar suara Samsung yang semenangnya sinonim dengan penghasilan audio terbaik membolehkan Galaxy Tab S10+ sebagai peranti hiburan mudah alih yang terbaik untuk anda.

Secara keseluruhan, skrin Dynamic AMOLED 2x yang digunakan pada Tab S10+ ini adalah antara yang terbaik dipasaran dan penambahan lapisan ‘anti-glare’ membolehkan penggunaan tablet ini lebih selesa walaupun pada keadaan cahaya yang terik.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 7

Pemproses

Samsung Galaxy Tab S10 Series merupakan tablet pertama syarikat ini untuk hadir dengan Galaxy AI dari kotak.

Samsung Galaxy Tab S10+ ini dikuasakan cip Dimensity 9300+ yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Anda juga boleh menambah storan dalaman dengan menggunakan slot microSD yang disertakan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 8ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 9

Berbanding dengan Tab S9 yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2, MediaTek Dimensity 9300+  nampaknya memberikan lonjakan yang mantap dalam prestasi tahun ke tahun dan ini bermaksud peralihan kepada cip MediaTek tidak langsung memberikan pengalaman keseluruhan tablet flagship Samsung ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 10

Dari segi penggunaan harian, tablet ini mampu menjalankan segala jenis tugas yang anda lemparkan yang termasuk tugas AI dengan Galaxy AI.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 11

Ciri Galaxy AI yang paling berguna pada Tab S10+ untuk membantu produktiviti kerja adalah sudah pastinya Note Assist yang membantu anda menyusun dan menambah baik nota anda.

Ianya boleh menstruktur semula nota anda dengan melakukan :

  • Autoformat nota dengan pengepala, titik tumpu dan perenggan.
  • Ringkaskan nota
  • Menyalin dan meringkaskan rakaman suara.
  • Auto jana penutup berdasarkan kandungan nota.
  • Ejaan dan tatabahasa yang betul.
  • Terjemah teks dalam nota anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 12

Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 13

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist menawarkan tiga ciri pada Galaxy Tab S10+ iaitu

  • Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
  • Spelling Grammar – Galaxy AI akan menyemak ejaan setiap perkataan yang di taip dan membetulkanya jika anda perubahan.
  • Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 14

Lebih lanjut, Samsung Galaxy Tab S10+ juga membawakan ciri Google Circle to Search yang membolehkan anda memulakan carian Google dengan menekan lama butang utama, seterusnya membulatkan sesuatu (gunakan S Pen pun boleh) yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi. Selain itu, Circle to Search juga boleh digunakan terus pada aplikasi kamera yang memudahkan lagi pencarian.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 15

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 16

Selain itu, dengan S Pen yang disertakan, ciri Galaxy AI seperti Drawing Assist yang mempunyai keupayaan untuk mengubah lakaran buruk saya menjadi karya seni yang sangat cantik adalah cukup mengagumkan.

Lain-lain ciri yang dibawa Galaxy AI adalah Transcript assist, Browsing assist, Photo assist, Photo ambient wallpaper dan Health assist.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 17
DeX Mode Galaxy Tab S10+ Ultra

Bercakap mengenai One UI, Tab S10+ hadir dengan One UI 6.1.1 yang sangat mudah digunakan dan ianya juga tampil dengan DeX mode yang memerulkan penggunaan bersama tetikus dan papan kekunci. Anda juga boleh menetapkan untuk mengaktifkan mod DeX apabila Book Cover Keyboard disambungkan. DeX kini ditawarkan didalam dua susunan iaitu Classic dan New.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 18

Lebih lanjut,  Galaxy Tab S10+ juga bertindak sebagai peranti AI rumah, dengan Paparan Peta 3D yang memberikan gambaran keseluruhan visual rumah dan semua peranti yang disambungkan untuk menyelaraskan pengurusan peranti merentas ekosistem SmartThings. Keselamatan Samsung Knox yang teguh juga memastikan privasi dan kawalan data, manakala bahan inovatif menekankan komitmen Samsung terhadap masa depan yang lebih mampan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 19

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 20

Seterusnya, Samsung untuk Tab S10+ turut disertakan dengan papan kekunci kekunci Book Cover Slim – AI Key yang hampir sama seperti versi tahun lepas, namun kini penambahan kekunci AI yang boleh melancarkan Bixby atau Gemini . Kekunci pada Book Cover Slim adalah sedikit rendah namun ia masih mampu menawarkan pengalaman menaip yang cukup baik dan saya juga telah tablet ini menggunakan papan kekunci itu. Sedikit kekurangan pada Book Cover Slim ini adalah ketiadaan trackpad yang sedikit merencatkan produktiviti.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 21

Kamera

Kamera bukanlah aspek utama pada sebuah tablet namun Galaxy Tab S10+ memiliki kamera yang cukup untuk menjalankan tugas  seperti mengimbas dokumen dan panggilan video.

Pada bahagian belakang, Tab S10+ memiliki sensor utama 13MP bersama sensor ultrawide 8MP manakala kamera selfie adalah 12MP yang tersorok pada bezel atas skrin.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 22

Bateri

Samsung Galaxy Tab S10+ memiliki bateri berkapasiti 10,090mAh yang sudah pasti mampu memberikan jangka hayat bateri yang melebihi satu hari.

Ianya juga menawarkan pengecasan pantas seperti pada Galaxy S24 Ultra iaitu pada kadar 45W namun adapter pengecasan tidak disertakan didalam kotak.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10+ - Tablet Premium yang membawa Galaxy AI 23

Penutup

Pasaran tablet boleh dikatakan tidak terlalu dibanjiri seperti pasaran telefon pintar. Apabila anda membuat pertimbangan untuk membeli tablet, terdapat dua pilihan yang jelas iaitu tablet Android atau Apple iPad dan jika Android adalah pilihan, maka Samsung adalah salah satu jenama yang akan diberikan pertimbangan.

Walaubagaimanapun, Galaxy Tab S10+ adalah sebuah yang berada dikemuncak pasaran tablet khususnya dari segi harga dan sudah pasti ada pengguna yang mahu tablet berkuasa tinggi seperti Tab S10+.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab S10+ pada harga dari RM 4,599 dan setiap pembelian akan turut menerima rebat bernilai RM 500 dan Book Cover Slim Keyboard – AI Key bernilai RM 749 secara percuma.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab S10+ di Samsung Online Store 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.