Sistem Operasi MagicOS 9.0 dilancarkan – ciri pengesanan Deepfake AI pertama dalam industri
HONOR secara rasminya telah memperkenalkan sistem operasi terbaru syarikat ini iaitu MagicOS 9.0 yang tampil demgan sistem pengendalian AI diperibadikan semua senario pertama di dunia dan menyerlahkan penyepaduan yang lebih mendalam dengan pembantu suara YoYo ( China) atau AI Agent.
Selain itu, MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 ia akan berfungsi merentas beberapa aplikasi, menggunakan MagicLM, model bahasa proprietari Honor. Honor mendakwa ia akan memahami bahasa semula jadi dan penglihatan komputer, sambil juga belajar daripada tabiat anda dan menyedari konteks.
Operasi dalam aplikasi juga akan membenarkannya memesan kopi untuk anda seperti pembantu peribadi. Ia akan membuat pembelian itu sendiri dan mengesahkan pembayaran dengan satu arahan.
Seterusnya, MagicLM pada MagicOS 9.0 juga membawa 80% kurang penggunaan kuasa, 77% kelajuan pemuatan lebih cepat dan kelajuan keluaran perkataan 500% lebih cepat, ini juga menyaksikan pengurangan 1.8 GB dalam storan dan 1.6 GB penggunaan RAM.
MagicOS 9.0 juga dilengkapi dengan ciri Pengesanan Deepfake AI pertama dalam industri terhadap penipuan dan melindungi pengguna.
Dari segi rekaan, MagicOS 9.0 juga membawakan ciri Versatile Desktop, Magic Lock Screen, dan Magic Style – alat untuk menyesuaikan pengalaman anda secara menyeluruh. Terdapat juga AI Gallery, AI Eraser, Face Restoration, dan AI Image Expansion.
HONOR juga telah mengesahkan bahawa MagicOS 9.0 akan ditawarkan kepada kebanyakkan telefon pintar HONOR namun ianya dijangka akan mula ditawarkan pada bulan Januari 2025 selari dengan pelancaran global HONOR Magic7 Series.