Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE – Kembar S24+ yang lebih berpatutan

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 1

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 2

Pengenalan

Samsung Galaxy S24 FE is here atau Galaxy AI is here, dua-dua penyataan ini adalah tepat kerana Samsung Galaxy S24 FE telah dilancarkan secara rasmi dan ianya membawa ciri Galaxy AI pada tahap harga yang lebih berpatutan.

Walaupun pertaruhan utama Samsung adalah Galaxy AI, Galaxy S24 FE memiliki banyak persamaan dengan Galaxy S24+ namun disesuaikan sebagai peranti yang lebih berpatutan.

Samsung Galaxy S24 FE kini mempunyai saiz skrin paparan yang lebih besar iaitu panel OLED berukuran 6.78-inci seperti pada S24+ namun ianya bukan panel LTPO seperti yang digunakan pada model Plus.

Selain itu, Galaxy S24 FE juga mempunyai penarafan IP68, kemasan gelas yang dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus+ dan kerangka keluli.

Seterusnya, Galaxy S24 FE ini dikuasakan cip Exynos 2400e yang mempunyai 10 teras CPU dan GPU Xclipse 920 seperti pada Exynos 2400 yang digunakan pada S24+ namun ianya mempunyai kelajuan cipset yang sedikit rendah.

Samsung Galaxy S24 FE kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 3,299 dan ini adalah ulasan telefon pintar terbaru Samsung ini.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 3

Buka Kotak Galaxy S24 FE

Samsung Galaxy S24 FE hadir didalam kotak nipis berwarna hitam dengan cetakan panel belakang S24 FE didalam warna pilihan anda. Didalamny terkandung satu unit telefon pintar, cable USB-C berwarna hitam, SIM ejector dan risalah seperti manual pengguna dan maklumat waranti.

Seperti biasa, tiada adapter pengecasan disertakan bersama pembelian.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 4

Reka Bentuk

Samsung Galaxy S24 FE adalah sama seperti Galaxy S24+ yang juga bermaksud ianya juga sama seperti Galaxy S23+ dan Galaxy S23 FE.

Tidak kira peranti Galaxy S atau Galaxy FE, DNA rekaan Samsung adalah sangat serupa dan ianya juga amat digemari oleh pengguna yang sudah pastinya mendorong syarikat gergasi Korea ini mengekalkan rekaan yang hampir sama walaupun untuk beberapa generasi.

Samsung Galaxy S24 FE Malaysia

Seterusnya, Galaxy S24 FE kini tampil dengan lapisan gelas Gorilla Glass Victus+ pada panel hadapan dan panel belakang bersama bingkai aluminium. Galaxy S24 FE tampil didalam 4 kemasan warna iaitu Mint, Graphite, Gray dan Blue.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 5

Apa yang sedikit membezakan panel belakang Galaxy S24 FE dengan Galaxy S24 dan Galaxy S24+ adalah kemasan ‘glossy’ pada model ini dua model S24 Series tersebut hadir dengan kemasan ‘matte’.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 6ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 7

Meneruskan aspek reka bentuk telefon pintar ini adalah penarafan kalis air dan habuk IP68. Ukuran dimensi telefon pintar ini adalah 162.0 x 77.3 x 8.0mm dengan berat 213gram.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 8

Dalam pada itu, Galaxy S24 FE turut hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.7-inci yang lebih besar namun masih ditawarkan pada resolusi FHD+, 120Hz kadar segar semula dan HDR10+ serta kamera selfie punch-hole 10MP.

Kita akan bercakap lebih lanjut mengenai skrin pada bahagian seterusnya.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 9

Skrin Paparan

Samsung Galaxy S24 FE tampil dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2X yang berukuran 6.7-inci dan ianya memberikan anda resolusi FHD+.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 10

Panel Dynamic AMOLED 2X ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan Samsung menawarkan dua tetapan Motion Smoothness iaitu standard yang menawarkan kadar segar 60Hz dan Adaptive yang menawarkan kadar segar dinamik sehingga 120Hz mengikut kandungan pada skrin.

Selain itu, panel skrin Samsung Galaxy S24 FE  juga mempunyai sokongan HDR10+ dan ianya turut menawarkan kadar kecerahan maksima mencecah 1,900 nits yang pastinya meningkatkan kebolehlihatan skrin peranti ini dikawasan cahaya tinggi dan ianya turut dibantu ciri Vision Booster.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 11

Lebih lanjut, Samsung juga telah mengecilkan saiz bezel disekeliling skrin Galaxy S24 FE ini dimana ukuran bezel peranti ini adalah 1.99mm pada bahagian sisi kanan dan kiri skrin. Untuk perbandingan, saiz bezel pada Galaxy S23 FE adalah 2.44mm.

Seperti biasa, Samsung juga menawarkan dua mod warna skrin iaitu Vivid untuk warna yang lebih berwarna atau Natural untuk paparan warna yang lebih semulajadi. Terdapat juga ciri eye comfort shield yang menapis cahaya biru.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 12

Dalam pada itu, untuk ciri biometrik, Samsung Galaxy S24 FE masih hadir dengan pengimbas capjari optikal yang pantas namun kami merindui sensor ultrasonik yang digunakan pada model Galaxy S24 Series.

Secara keseluruhanya, panel Galaxy S24 FE adalah sesuatu yang sempurna dan mencukupi namun penggunaan panel LTPO sudah pastinya sesuatu yang boleh Samsung pertimbangkan bagi generasi Galaxy FE yang akan datang.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 13

Pemproses

Samsung Galaxy S24 FE disertakan dengan cipset terbaru daripada Exynos iaitu 2400e yang mana ianya bukanlah cipset yang sama seperti pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+.

Ianya adalah cipset 4nm yang mempunyai 10-teras bersama GPU Xclipse 940 yang sama seperti pada  Exynos 2400 ia adalah berasaskan reka bentuk AMD RDNA 3 dan terbukti sangat berkuasa.

Selain itu, Galaxy S24 FE hanya ditawarkan didalam satu pilihan RAM iaitu 8GB jenis LPDDR5X dan terdapat juga ciri RAM Plus. Storan dalaman pula adalah 256GB atau 512GB.

Secara keseluruhan, cip Exynos 2400e yang digunakan pada Galaxy S24 FE menawarkan prestasi gred flagship dan mampu mengendalikan permainan video intensif tinggi tanpa sebarang isu.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 14

Seterusnya, Galaxy S24 FE ini hadir dengan One UI 6.1 yang berasaskan Android 14 dan telefon pintar ini akan turut menerima 7 kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan berkala Google.

Samsung Galaxy S24 FE menerima kesemua ciri One UI 6.1 yang termasuk DeX.

Beralih kepada Galaxy AI, Samsung menawarkan kesemua ciri Galaxy AI pada S24 FE, tiada sebarang pengurangan walaupun ianya model termurah kelas flagship.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 15

Ciri pertama Galaxy AI yang ditawarkan pada Galaxy S24 FE ini adalah Live Translate (Call Assist) , iaitu suatu penyelesaian penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon terbina pada aplikasi panggilan . Pengguna tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga dan kesemua data ini diproses pada peranti yang memastikan perbualan pengguna adalah selamat dengan sepenuhnya.

Ciri ini sudah pastinya berguna apabila anda menghadapi kekangan bertutur bahasa asing, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara selain mempermudahkan proses membuat tempahan hotel/restoran sebelum bercuti ke negara lain.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 16

Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 17

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 18

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist menawarkan tiga ciri pada Galaxy S24 FE iaitu

  • Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
  • Spelling Grammar – Galaxy AI akan menyemak ejaan setiap perkataan yang di taip dan membetulkanya jika anda perubahan.
  • Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 19

Lebih lanjut, Samsung Galaxy S24 FE juga membawakan ciri Google Circle to Search yang membolehkan anda memulakan carian Google dengan menekan lama butang utama, seterusnya membulatkan sesuatu yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi. Selain itu, Circle to Search juga boleh digunakan terus pada aplikasi kamera yang memudahkan lagi pencarian.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 20

Kamera

Samsung Galaxy S24 FE kelihatan seperti memiliki sensor tri-kamera yang sama namun syarikat gergasi Korea ini telah melakukan beberapa perubahan untuk memberikan pengguna pengalaman fotografi yang lebih baik.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 21

Galaxy S24 FE memiliki sensor utama 50MP ISOCELL GN3 yang memiliki dual-pixel PDAF dan OIS diikuti sensor ultrawide 12MP yang mempunyai fokus tetap. Dalam pada, perubahan paling ketara pada S24 FE ini adalah penggunaan sensor telefoto 8MP Omnivision OV08A10 yang menawarkan 3x zoom optikal dan ianya juga memiliki pemfokusan auto PDAF dan OIS.

Seterusnya, kamera selfie Galaxy S24 FE adalah unit 10MP dengan aperture f/2.4 yang masih diberi kepercayaan untuk memikul tugas pengambilan swafoto walaupun pertama kali digunakan pada Galaxy S20 Series.

Secara keseluruhan, kemampuan sensor utama Galaxy S24 FE adalah sesuatu yang boleh diberikan pujian kerana hasil gambar pada keadaan cahaya yang baik adalah dengan kualiti gred flagship.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 22

Lebih lanjut, gambar subjek ternyata lebih baik dan semula jadi dengan warna kulit yang lebih realitstik manakala hasil portet juga lebih memuaskan.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 23

Seterusnya, sensor ultrawide Galaxy S24 FE adalah antara sensor ultrawide yang mempunyai sudut lebar yang tinggi dan ianya menawarkan prestasi yang memuaskan. Agak kurang memuaskan adalah ketiadaan pemfokusan auto pada sensor ini.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 24

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 25

Beralih kepada sensor telefoto 3x telefon pintar ini, ianya memberikan anda hasil gambar zoom yang lebih jelas dan berkualiti tinggi. foto yang diambil juga mampu menyamai warna yang ditawarkan pada sensor utama walaupun kualiti sedikit rendah. Walaupun menggunakan sensor 8MP, proses peningkatan imej dalaman membolehkan imej yang diambil disimpan pada resolusi 12MP.

Menyentuh sedikit mengenai video, Galaxy S24 FE kini boleh merakam video 8K pada kadar 30fps dengan menggunakan sensor utama yang mana ianya adalah lebih baik berbanding sokongan 8K pada kadar 24fps pada Galaxy S23 FE. Walaubagaimanapun, kami berpendapat ciri rakaman 4K pada kadar 120fps adalah sesuatu yang pasti lebih kerap digunakan.

Selain sensor kamera, Galaxy AI juga memainkan peranan didalam meningkatkan lagi kreativiti dan menyempurnakan lagi pengalaman fotografi pengguna pada Galaxy S24 FE.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 26 ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 27

Ciri Galaxy AI yang baharu pada Galaxy S24 FE menawarkan anda pengalaman yang lebih melalui bantuan AI. Sebagai contoh, ciri Sketch to Image membolehkan anda menambah objek pada gambar dan ianya boleh dibuat melalui lakaran kasar anda sebelum Galaxy AI menganalisa gambar tersebut dan menawarkan beberapa contoh gambar dengan objek yang dijana oleh AI.

Satu lagi ciri Galaxy AI pada bahagian fotografi adalah ciri yang membolehkan anda memadam atau mengalihkan sesuatu pada gambar yang diambil dengan mudah. Anda hanya perlu melakar kawasan atau objek yang mahu dipadam atau digerakkan.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 28

Seterusnya, Portrait Studio juga ditawarkan melalui Galaxy AI yang mana ia membantu anda mencipta avatar anda yang tersendiri dan terdapat 4 gaya yang ditawarkan iaitu Comic, 3D Cartoon, Watercolour dan Sketch.

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 29

Anda perlu memilih gaya dan tekan ‘generate’ untuk melihat magik gambar anda diubah menjadi sebuah portrait yang sangat realistik. Anda akan diberikan empat contoh Portrait Studio yang dijana dan anda juga boleh menekan ‘generate again’ jika tidak berpuas hati dengan gambar yang ditawarkan.

Secara keseluruhanya, Samsung Galaxy S24 FE memberikan anda satu pengalaman kamera yang mencukupi untuk rata-rata pengguna telefon pintar. Walaupun tidak sehebat peranti flagship premium, fotografi Galaxy S24 FE berada pada tahap yang lebih memuaskan berbanding generasi sebelum ini.

Jom lihat gambar-gambar yang diambil menggunakan Galaxy S24 FE :

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 56

Bateri

Samsung Galaxy S24 FE hadir bateri berkapasiti 4,700mAh iaitu 200mAh lebih besar berbanding apa yang ditawarkan pada Galaxy S23 FE.

Dengan kombinasi cipset Exynos 2400e yang lebih cekap tenaga, Galaxy S24 FE menawarkan jangka hayat bateri yang cukup memuaskan.

Selain itu, Galaxy S24 FE  juga menyokong pengecasan tanpa wayar Fast Wireless Charging 2.0 pada kadar 15W manakala pengecasan berbalik Wireless PowerShare.

Bagi meningkatkan jangka hayat bateri, Galaxy S24 FE juga memiliki ciri Bateri Protection Mode yang memiliki beberapa tetapan seperti Basic (mengecas sehingga ke tahap 100%, Adaptive (pengecasan mengikut waktu tidur) dan Maximum (menghadkan pengecasan ke tahap 80% sahaja).

ULASAN : Samsung Galaxy S24 FE - Kembar S24+ yang lebih berpatutan 5

Penutup

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy S24 FE adalah telefon pintar yang memberikan anda gabungan prestasi flagship dan Galaxy AI pada harga yang lebih berpatutan.

Walaupun ada pengurangan dari reka bentuk, skrin dan kamera, S24 FE tampil sebagai alternatif baik kepada pengguna yang mahu menikmati Galaxy AI pada harga lebih berpatutan.

Walaupun mempunyai harga dari RM 3,299, Galaxy S24 FE boleh dimiliki pada harga serendah dari RM 2,399 sahaja dengan pelbagai rebat yang ditawarkan oleh Samsung bagi pembelian di Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.