Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold Special Edition kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan sensor 200MP

Samsung Galaxy Z Fold Special Edition kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan sensor 200MP 1

Samsung Galaxy Z Fold Special Edition kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan sensor 200MP 2

Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy Z Fold Special Edition di Korea Selatan dan telefon pintar ini tampil dengan paparan cover screen yang lebih besar, profil peranti yang lebih nipis dan sensor utama 200MP.

Kedua-dua skrin Galaxy Z Fold Special Edition ini adalah lebih besar iaitu panel LTPO AMOLED 2X berukuran 6.5-inci bersama nisbah 21:9 yang menjadikannya lebih mirip dengan menggunakan paparan telefon bar biasa.

Samsung Galaxy Z Fold Special Edition kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan sensor 200MP 3

Selain itu, skrin utama telefon pintar ini telah kini adalah panel 8.0-inci dan ianya nisbah 10:9. Kedua-dua panel mempunyai kadar segar semula 120 Hz dan panel luaran mempunyai perlindungan Gorilla Glass Victus 2. Paparan boleh lipat pula hadir dengan lapisan Ultra-Thin Glass (UTG).

Samsung Galaxy Z Fold Special Edition kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan sensor 200MP 4

Selain itu, Galaxy Z Fold Special Edition juga lebih nipis – iaitu 4.9 mm apabila dibuka dan 10.6 mm ketika l terlipat. berat adalah 236 gram – 3g kurang daripada Z Fold6  namun sokongan S Pen tidak disertakan pada model ini.

Samsung Galaxy Z Fold Special Edition kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan sensor 200MP 5

Seterusnya, peningkatan kamera menyaksikan telefon pintar ini hadir dengan sendor utama 200MP dengan OIS yang membawa peningkatan ketara berbanding kamera utama 50MP pada Z Fold6. Sensor ultrawide 12 MP kini mempunyai autofokus yang merupakan satu manakala sensor telefoto 10MP dengan zum optikal 3x diwarisi dari Z Fold6 dan kamera swafoto juga masih sama iaitu sensor 10MP pada cover screen dan unit UD 4MP pada skrin utama.

Samsung Galaxy Z Fold Special Edition kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan sensor 200MP 6

Dalam pada itu, Galaxy Z Fold Special Edition hadir cip Snapdragon 8 Gen 3 Qualcomm for Galaxy dan ianya memiliki 16GB RAM dan storab dalaman 512GB . Ia juga mendapat sambungan yang lebih baik dengan penambahan Wi-Fi 7. One UI 6.1.1 juga disertakan berasaskan Android 14 dengan Galaxy AI.

Bateri adalah berkapasiti 4,400mAh yang sama seperti pada Z Fold6 dengan pengecasan 25W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Samsung Z Fold Special Edition akan ditawarkan didalam  warna Black Shadow pada harga sekitar $2,028. Telefon pintar ini kini ditawarkan di Korea Selatan dan akan memasuki pasaran China. Pelancaran dipasaran global dilihat tidak akan berlaku.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.