Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Pad X8a dan Pad X8a Kids Edition kini di Malaysia – dari RM 699 sahaja

HONOR Pad X8a dan Pad X8a Kids Edition kini di Malaysia - dari RM 699 sahaja 1

HONOR Pad X8a dan Pad X8a Kids Edition kini di Malaysia - dari RM 699 sahaja 2

HONOR Malaysia secara rasminya telah melancarkan  tablet HONOR Pad X8a dan Honor Pad X8a Kids Edition pada harga dari RM 699 sahaja.

Tablet HONOR Pad X8a merupakan generasi kedua HONOR Pad X8 yang dibina dengan ciri-ciri bertaraf flagship menumpukan kepada paparan imersif berasaskan insan, prestasi perkakasan tahan lasak, sistem bunyi hebat, dan pengalaman pengguna yang lancar.

HONOR Pad X8a dan Pad X8a Kids Edition kini di Malaysia - dari RM 699 sahaja 3

Honor Pad X8a memiliki skrin paparan LCD berukuran 11.0-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi 1920 x 1200. Ianya akan dijana cip Snapdragon 680, 4GB RAM + 4GB HONOR RAM Turbo dan storan dalaman 128GB (storan dalaman 64GB pada Honor Pad X8a Kids Edition)

Selain itu, tablet ini juga memiliki sensor 5MP dibahagian dan belakang, 4 pembesar suara, bateri 8,300mAh , antaramuka MagicOS 8.0 yang berasaskan Android 14,  ciri Multi-screen Collaboration dan HONOR Connect.

Honor Pad X8a ditawarkan didalam warna Space Gray pada harga RM799, tablet ini didatangkan dengan sokongan 4G LTE dan sarung boleh lipat percum dan rebat bernilai RM50.

HONOR Pad X8a dan Pad X8a Kids Edition kini di Malaysia - dari RM 699 sahaja 4

Dalam pada itu, HONOR Pad X8a Kids Edition pula akan ditawarkan pada harga RM 699 dan ianya turut Sarung Pelindung Kanak-kanak dan Drawing Stick (pensel melukis).

HONOR Pad X8a dan Pad X8a Kids Edition kini di Malaysia - dari RM 699 sahaja 5

HONOR Pad X8a dan HONOR Pad X8a Kids Edition kini boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, termasuk pengedar sah Harvey Norman, Senheng, dan Urban Republic (Pad X8a sahaja)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.