ULASAN : Xiaomi 14T Pro – T Series yang terbaik dengan prestasi gred flagship dan kamera Leica
pengenalan
Xiaomi 14T Series telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan ianya tampil sebagai telefon pintar flagship ‘T’ Series yang paling menawan dengan prestasi gred flagship, generasi baharu sistem kamera Leica dan paparan OLED.
Pada ulasan ini, kita akan memperkatakan tentang Xiaomi 14T Pro, model lebih atas didalam Xiaomi 14T Series dan tahun ini Xiaomi menawarkan lebih banyak ciri yang meletakkan telefon pintar sebagai antara peranti flagship yang berbaloi untuk dimiliki.
Selain fotografi Leica, Xiaomi 14T Pro juga menawarkan prestasi flagship dengan cip Dimensity 9300+, teknologi pengecasan 120W HyperCharge, 50W wireless HyperCharge dan ciri Xiaomi Advanced AI.
Dalam pada itu, Xiaomi 14T Series juga menjadi model pertama Xiaomi di Malaysia yang tampil tanpa adapter pengecasan di Malaysia namun ianya ditawarkan percuma dengan setiap pembelian yang mungkin hanya promosi terhad.
Nak tahu kemampuan penuh Xiaomi 14T Pro?, jom baca ulasan Xiaomi 14T Pro ini yang kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,599.
Reka Bentuk
Xiaomi 14T Pro tidak begitu berbeza apabila dibandingkan dengan Xiaomi 13T Pro, tetapi reka bentuknya telah diperhalusi lagi yang menjadikannya lebih premium. Telefon pintar ini juga memiliki penarafan IP68 untuk kalis habuk dan air, ianya tampil dengan panel hadapan dan bingkai yang rata, manakala panel belakang adalah sedikit melengkung.
Selain itu, Xiaomi juga telah memiliki tema warna seperti keluli untuk Xiaomi 14T Pro dan anda boleh mendapatkan telefon pintar ini didalam warna Titan Gray, Titan Blue dan Titan Black.
Seterusnya, 14T Pro hadir dengan kerangka aluminium yang diberikan kemasan matte manakala panel hadapan juga hadir dengan lapisan gelas keselamatan yang tidak didedahkan identitinya.
Selain itu, menyempurnakan lagi penampilan premium panel belakang telefon pintar terbaru Xiaomi ini adalah modul kamera yang turut hadir didalam warna yang sama seperti peranti dan keempat-empat gelung ini juga memiliki kemasan keluli.
Beralih ke hadapan, ianya menempatkan skrin paparan CrystalRes bersaiz 6.67-inci dengan bezel yang lebih nipis, ianya turut memiliki sensor capjari dalam skrin dan pembesar suara stereo hibrid Dolby Atmos.
Xiaomi 14T Pro ialah telefon pintar yang memiliki binaan yang baik dan terasa padat di tangan. Walaubagaimanapun, ianya tidak menawarkan cengkaman yang kukuh dan kami adalah antara orang yang akan memilih untuk menggunakan sarung silikon yang disertakan didalam kotak dan ini bermaksud menyembunyikan penampilan premiumnya demi keselamatan peranti.
Jika anda memilih untuk tidak menggunakan sebarang sarung tambahan, anda juga boleh menarik nafas lega kerana kemasan matte telefon pintar ini memastikanya sentiasa bebas dari kesan capjari.
Menutup bahagian reka bentuk ini adalah dengan ukuran dimensi Xiaomi 14T Pro iaitu 160.4mm x 75.1mm x 8.39mm dengan berat sekitar 209gram.
Skrin Paparan
Xiaomi 14T mengekalkan ukuran skrin yang sama seperti pada Xiaomi 13T Pro iaitu panel CrystalRes AMOLED berukuran 6.68-inci dengan resolusi 1.5K (2712 x 1220 piksel) dengan kadar segar semula 144Hz
Panel 12-bit ini menawarkan sokongan warna yang lebih menyeluruh dan ianya memiliki ciri premium seperti Dolby Vision, HDR10, HDR10+ dan kecerahan maksima sehingga 4,000nits.
Seterusnya, panel skrin Xiaomi 14T Pro juga telah menerima penarafan TÜV Rheinland Low Blue Light , TÜV Rheinland Flicker Free dan TÜV Rheinland Circadian Friendly.
Dalam pada itu, Xiaomi menawarkan tiga tahap kadar segar semula bagi skrin AMOLED ini iaitu Default yang menawarkan kadar segar semula yang sesuai mengikut kandungan yang dipaparkan sehingga ke kadar maksima 144Hz atau Custom yang membolehkan anda menetapkanya kepada 60Hz atau sehingga 144Hz yang mempunyai mekanisma operasi sama seperti tetapan Default.
Secara keseluruhanya, panel Xiaomi 14T Pro adalah hampir sama seperti panel Xiaomi 13T Pro kecuali pada kadar kecerahan maksima yang kini mencecah sehingga 4,000nits dan bezel yang lebih nipis.
Pemproses
Xiaomi 14T Pro dikuasakan cip 4nm Dimensity 9300+ yang menawarkan prestasi yang lebih baik dan ianya turut termasuk kemampuan AI. Ianya hadir dengan The GPU Immortalis-G720 MC12, 12GB RAM LPDDR5X RAM dan storan dalaman sehinhha 1TB jenis UFS 4.0.
Selain itu, Xiaomi HyperOS yang kini pada generasi 1.05 namun HyperOS masih kelihatan dan rasa sama seperti MIUI lama namun tidak dapat dinafikan bahawa OS ini telah diberikan peningkatan dalaman, pengguna telefon Xiaomi pasti tidak terlalu merasakan perbezaanga. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara, seperti reka bentuk yang lebih rata dan sisi yang lebih bulat pada kebanyakkan elemen reka bentuk.
Dalam pada itu, Xiaomi akan menawarkan sehingga 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan bagi Xiaomi 14T Pro.
Xiaomi 14T Pro juga menyokong beberapa ciri Xiaomo Advanced AI seperti ciri AI Image, yang turut menggabungkan AI Potret dan AI Erase Pro. Google Circle to Search juga ditawarkan.
Seterusnya, Xiaomi juga akan menawarkan ciri AI Interpreter, AI Notes, AI Film, AI Subtitle (kini dalam beta) dengan kemas kini perisian yang akan datang.
Lebih lanjut, Google Gemini juga turut ditawarkan dan pengguna meminta Gemini melakukan tugas , malah mengolah keseluruhan perbualan. Ia boleh memberi anda idea tentang apa yang boleh dimasak berdasarkan foto kandungan peti sejuk anda dan juga boleh meminta idea buku untuk dibaca atau lukisan.
Akhir sekali, Xiaomi 14T Pro kini adalah telefon pintar Android yang berkuasa tinggi dipasaran dan cipset Dimensity 9300+ adalah sebabnya. Selain itu, Advanced AI pada telefon pintar ini juga meletakkanya setaraf kebanyakkan telefon pintar flagship lain dipasaran.
Kamera
Xiaomi 14T Pro tampil dengan sensor utama 50MP OVX900 dan Xiaomi menggelar sensor ini sebagai Light Fusion 900.
Bersama sensor utama ini, 14T Pro juga memiliki satu lagi sensor telefoto Leica 60mm beresolusi 50MP dan sensor ultrawide 8MP. Walaupun hanya menggunakan tiga sensor, sistem kamera ini mampu menawarkan lima tahap focal lengths iaitu 15mm sehingga 120mm.
Dalam pada itu, Xiaomi AISP menyepadukan kuasa pengiraan CPU, GPU, NPU dan ISP melalui Xiaomi HyperOS. Ini menghasilkan gabungan perisian dan perkakasan yang lancar untuk keupayaan fotografi lebih tinggi dan meningkatkan kecekapan pemprosesan imej dengan ketara.
Beralih kepada sensor hadapan, Xioami 14T Pro hafir dengan sensor 32MP yang baharu.
Menyentuh kepada kualiti gambar yang terhasil dari Xiaomi 14T ini, ianya ternyata sangat baik dan fotografi Leica seperti Leica Authentic dan Leica Vibrant sedikit sebanyak membantu penghasilan imej namun anda harus berhati-hati untuk menggunakanya kerana ianya mampu memberikan hasil yang sedikit gelap.
Secara keseluruhan, Xiaomi 14T Pro memberikan anda pengalaman fotografi yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini namun kami dapat rasa bahawa masih ada kekurangan pada peranti ini berbanding pada peranti flagship utama Xiaomi seperti Xiaomi 14 Series.
Bateri
Xiaomi 14T Pro memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W HyperCharge namun agak menyedihkan pembelian anda tidak disertakan dengan adapter percuma didalam kotak pembelian walaupun Xiaomi masih menawarkan adapter ini secara percuma di Malaysia.
Dengan adapter 120W HyperCharge, Xiaomi 14T Pro mampu mencapai pengecasan penuh didalam masa 19 minit sahaja manakala 50W Wireless HyperCharge memberikan anda pengecasan penuh didalam masa 45 minit, masih pantas berbanding teknologi pengecasan pantas berwayar yang ditawarkan pada beberapa flagship premium lain dipasaran.
Penutup
Xiaomi 14T Pro adalah sebuah telefon pintar yang serba lengkap dan antara yang memiliki teknologi pengecasan terpantas dipasaran.
Dengan harga jualan yang bermula dari RM 2,599, Xiaomi 14T boleh dikatakan akan memberikan persaingan sengit kepada kebanyakkan peranti kelas midrange premium kerana telefon pintar Xiaomi memiliki lebih banyak ciri flagship.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Xiaomi 14T Pro, dapatkanya sekarang melalui semua saluran jualan rasmi Xiaomi di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 2.599.